11 April 2011
Dermasiswa
Kerajaan Perak pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir sentiasa mengutamakan Pelajar-Pelajar miskin luarbandar untuk melanjutkan pelajaran mereka ke Pusat-Pusast Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
Sebagai bukti dermasiswa yang dikeluarkan oleh Yayasan Perak atas ilham Menteri Besar bagi membantu pelajar miskin yang melanjutkan pelajar mereka samda di peringkat Sijil, Diploma mahupun Ijazah.
Sehubungan dengan itu, mereka tidak perlu bimbang untuk meneruskan pengajian kerana Kerajaan Perak berada di belakang untuk membantu mereka.
Begitupun, segala bantuan Kerajaan itu tidak akan membawa apa-apa makna, jika pelajar itu tidak menggunakan sepenuhnya masa bekerja keras bagi mencapai kejayaan.
Saya berkata demikian ketika berucap di majlis penyampain Dermasiswa kepada tujuh pelajar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah di Dewan Terbuka Kampung Mesjid, Ijok.
Sementara itu, Pelajar-Pelajar yang berpeluang melanjutkan pelajaran juga diingatkan agar tidak mensesiakan peluang tersebut dengan terlibat dalam kegiatan yang tidak bermoral seperti demonstrasi.
Ibubapa dan Penjaga juga diminta agar memantau segala kegiatan anak-anak mereka yang sedang menuntut di IPTA dan menyerahkan segala-galanya kepada pihak lain tanpa mereka sendiri mengambil berat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment