Template by:
Free Blog Templates

30 April 2011

Kesihatan








Bayaran yang dikenakan kepada penduduk kampung yang menggunakan Ambulan Kesihatan menjadi rungutan orang ramai.

Saya sendiri telah meminta perkara itu dikaji balik kerana ia amembebankan rakyat miskin terutamanya.

Saya berkata demikian ketika berucap meresmikan Program hidup sihat tanpa dengi dan malaria anjuran Pusat Kesihatan Batu Kurau di Dewan Sungai Ara, pagi tadi.

Turut hadir Pengerusi Panel Pusat Kesihatan Batu Kurau,Haji Tajuddin bin Ibrahim, Dr Anas bin Mohd Yassin dari Pusat Kesihatan Batu Kurau, Ketua Balai Polis Batu Kurau, Ismail bin Khalid dan Ketua Kampung Sungai Ara, Mohd Halil Abdullah.

Sekaipun, wang cengkeram dikenakkan kepada penduduk kampung untuk menggunakan ambulan kesihatan ia juga membebankan mereka.

Saya berharap soal kesihatan ini jangan diremehkan kerana ia adalah bertujuan untuk memberi perkhidmatan kepada orang ramai.

Justeru, sikap mesra rakyat itu harus dijelma dan diamalkan sebagai slogan mereka untuk memberikan bantuan kepada rakyat.

Pada masa yang sama saya juga berharap orang ramai tidak memandang ringan soal menjaga kesihatan ini dan janganlah menyerahkan segala-galanya kepada pihak berkenaan tanpa penyertaan orang ramai itu sendiri.

Menjaga keishatan setiap masa amatlah penting dan jangan tunggu hanya bila wabak itu merebak barulah mereka hendak bertindak.

1 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum
Saya sebagai wakil penduduk Batu Kurau menyuarakan ketidakpuasan hati seorang penduduk terhadap perkhidmatan di Klinik Kesihatan Batu Kurau. Kejadian ini berlaku pada 11 mei 2011 pada pukul 9.00 pg, Seorang doktor perempuan bersikap kurang ajar tidak mahu melihat pesakit, pesakit ini hanya ingin membuat pengesahan untuk melanjutkan pelajaran tetapi diminta untuk pembayaran yang tidak munasabah. Walaupun begitu pesakit ini tidak sepatutnya di kenakan bayaran. Pesakit ini juga melihat doktor tersebut memarahi pihak kuanter dengan kata-kata kesat sambil dilihat semua pesakit lain. Kejadian ini tidak seharusnya berlaku, dimana tatasusila dan etika kerja seorang doktor tersebut. Doktor itu juga berkata kepada pesakit yang lain “Bayar seringgit tapi nak macam-macam ubat”. Kerajaan yang membayar duit ubat untuk rakyat Malaysia bukan doktor tersebut. Saya merasa amat kecewa dengan sikap doktor tersebut. Sekiranya doktor ini tidak mahu berkhidmat untuk rakyat, saya rasa tidak perlulah doktor ini berada di kampung ini.
Ada lagi kes dimana saya sendiri yang membawa bapa saya ke klinik pada 17 Mei 2011. Bapa saya adalah pesakit lelah yang selalu mendapat perkhidmatan di klinik, tapi pada hari tersebut seorang pembantu perubatan berkaca mata lambat datang ke klinik apabila dipanggil. Selepas datang pula, dia tidak langsung bertanyakan keadaan dan memeriksa bapa saya. Dia terus memberi sedut gas dan meninggalkan bapa saya. Setelah sekian lama menunggu dia tidak datang, saya pula terpaksa mencarinya di dalam klinik. Rupa-rupa dia leka menggunakan komputer, dengan muka yang tidak puashati dia menutup mesin sedut tersebut dan menyuruh bapa saya pulang. Dengan rasa tidak puashati saya terus membawa bapa saya ke hospital. Beginikah sikap seorang pembantu perubatan, sombong dan bongkah, tidak mesra langsung, tidak ada sikap sopan santun terhadap warga emas. Saya berharap pembantu perubatan tersebut di pindah sekiranya tidak mahu berkhidmat dengan penduduk disini. Disini saya harap dengan aduan ini dapat meningkatkan integriti pekerja kesihatan terhadap rakyat.

Penduduk kecewa,
Jun…