Template by:
Free Blog Templates

11 April 2011

Mesyuarat cawangan UMNO







Orang Melayu harus berada di belakang UMNO kerana hanya Parti itu yang mampu membela nasih mereka.

Kesilapan yang lepas harus dilupakan, sebaliknya ahli-ahli UMNO harus melangkah lebih jauh ke hadapan untuk memtapkan lagi parti itu, selain menyakinkan lagi kepada Orang Melayu mengenai dasar dan perjuangan mereka.

UMNO tetap menjadi teras dan tulang belakang kepada Barisan Nasional (BN) bagi menentukan hala tuju dan masa depan rakyat pelbagai kaum di Negara ini.

Saya berkata demikian ketika berucap di Mesyuarat Agung UMNO Cawangan Bendang Luas di perkarangan Kampung tersebut.

UMNO dibawah kepimpinan Presidennya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak semakin mendapat keyakinan rakyat yang meletakan flasafah rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan.

Keputusan Pilihanraya Umum (PRU) yang lepas harus dijadian pengajaran kepada UMNO untuk mencapai keputusan yang lebih cemerlang pada PRU yang akan datang.

Saya juga mengingatkan semua 97 cawangan UMNO dalam bahagian Larut agar selesai mengadakan mesyuarat mereka sebelum atau pada 15 April ini sebagai tarikh terakhir yang telah ditetapkan oleh Majlis Tertinggi (MT).

Pada majlis itu Saya selaku Ketua UMNO Bahagian Larut juga mengadakan dailog dengan ahli-ahli cawangan tersebut untuk mendengar masalah mereka.

Tedahulu, Saya turut berada di Mesyuarat UMNO Cawangan Redang Panjang yang mengadakan mesyuarat di Dewan Serbaguna di situ.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

YMDS hendaklah juga mengkaji kenapa masyarakat tidak menyokong UMNO.

Ahli UMNO mesti peka tentang isu yang dibangkitan dan mengaku kesalahan kita.

Jika UMNO tidak mengaku salahan mereka susahlah UMNO hendak mencapai 100% menang.

Isu yang hangat dibangkitkan parti pembangkang ialah kerana pembangunan amat pesat dibangunkan di kawasan pembangkang. Hasil daripada pembangunan ini pembangkang telah mengatakan dalam masa 4 tahun mereka memerintah kemajuan telah tercapai. Sebagai contoh cuba lihat LEMBAH KELANG DAN LEMBAH KINTA.

Walaupun kerajaan Barisan yang membangunkan tapi pendapat seperti YB LIHAN JOK (Barisan Sarawak) ini ialah disebabkan kehendak TUHAN. YB Lihan JOK (Beliau adalah kawan baik saya) sentiasa mengingat TUHAN yang berkuasa yang membangunkan segala2nya walaupun ditempat parti pembangkang.

Saya rasa mungkin juga, orang PAS pun berpendapat demikian.

Siapa2 menang pun, kawasan parti pembangkang akan tetap dibangunkan dengan pesatnaya daripada kawasan UMNO atau MIC. Itulah yang saya lihat selama ini.

Inilah salah satu sebab daripada rakyat tidak menyokokg UMNO.

Yang kedua, sebab rakyat tidak menyokong UMNO kerana UMNO masih memilih pemimpin yang berlagak lebih daripada gaji atau pendapatan mereka.

Perkara ini menjadi isu besar di Sarawak.

Jika pemimpin hanya memperolehi pendapatn $20,000 tapi lagak mereka seperti pemimpin yang mempunyai pendapatan/harta lebih daripada itu (sebulan) sepatutnya tidaklah boleh dipilih lagi untuk menjadi pemimpin Barisan dimasa akan datang.

Isu ketiga ialah isu kronisim/nepotism.
Pemimpin yang di pilih menunjukkan
gaya hidup yang sederhana tapi semua jawatan penting dipegang oleh saudara dan kawan2 yang membodek mereka. Perkara ini dapat di lihat dalam syarikat GLC/SLC dan juga syarikat2 yang lain kecuali syarikat yang dibangunkan oleh keluarga itu sendiri.

Banyak syrikat harta tanah tidak mendapat keuntungan yang banyak sesaham tapi siapakan eksekutifnya.

Walaupun tak untung kroni mereka yang mendapat pekerjaan menjadi eksekutifnya. Saya tak dapat untung pun.

Saya dahulu pernah maenjadi 'shareholder' syarikat Perbadanan/Permodalan Negeri Perak. Sijilnya pun masih ada tapi syarikat banyak kali bertukar nama hingga saham saya pun hilang begitu sahaja. Cuba YMDS lihat eksekutifnya.

Pengarahnya bolehlah orang UMNO tapi eksekutifnya ke bawah hendaklah orang yang rajin.

Sekian.