Template by:
Free Blog Templates

8 April 2011

Lawat warga emas sakit





Warga Emas, Mohamed bin Mydin, 73 tahun yang terlantar sakit di rumahnya di kampung batu 21, menitis air mata ketika Saya melawat beliau.

Saya juga terharu walaupun dalam keadaan uzur beliau masih sempat bertanya khabar kepada Saya.

Beliau tinggal bersama isterinya.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Blog YMDS banyak menceritakan tentang berita kebajikan masyarakat yang berkaitan dengan orang sakit, OKU dan perkara2 yang berkaitan (bantuan bagi perseorangan)

Kami mahu juga mendengar tentang perancangan untuk kebajikan semua masyarakat dan berita perkembangan tentang kemajuan sesuatu perancangan yang telah dirancang bagi pembangunan kawasan ADUN Kubu Gajah terutama sekali perkara2 YMDS akan rancangkan diperingkat negeri bagi kawasan ADUN Kubu Gajah.

Parti pembangkang mulai memberi maklumat tentang pembangunan mereka terutama sekali di Selangor dan Pulau Pinang.

Nampaknya pembangunan lebih rancak dimajukan di kawasan parti pembangkang daripada kawasan parti pemerintah.

Kita takut PRU 13 akan datang akan menjerat parti pemerintah (Barisan).

Sebagai contoh Tronoh sudah mempunyai Universiti Petronas dan akan dibina pula Universiti Segi. Di Gua Tempurong (juga dekat Ipoh) juga dirancang pembinaan universiti.

Nampaknya pembangunan semuanya di rancang dekat Ipoh.

Bagaimana dengan jajahan Krian, Selama dan Ulu Perak?

YB Lim Kiat Siang sangat tidak setuju kerajaan membangunkan Kuala Lumpur (baca komennya tentang bajet 2011 di blog) kerana masalah CONGESTED.

Apa yang tersirat dalam komen beliau nampaknya beliau tidak mahu kerajaan memajukan kawasan bandar seperti Ipoh, George Town dll untuk mengelakkan CONGESTED (saya memakai bahasa YB Lim).

Saya membuat kesimpulan yang YB Lim juga macam mahu membangunkan kawasan pedalaman, tetapi kerajaan kita asyik memajukan Lembah Kelang dan kerajaan Perak pula memajukan Lembah Kinta. YMDS tidakkah melihat masalah CONGESTED yang dikatakan YB Lim Kiat Siang di IPOH.

Semuanya akan dibina di tempat yang sama, macam tiada tempat lain lagi untuk pembangunan.

Sekian untuk makluman YMDS.