6 April 2011
Hospital
Kementerian Kesihatan diminta agar mengutamakan Hospital Selama dengan kemudahan peralatan terkini.
Janganlah jadikan Hospital tersebut sebagai Hospital kelas terbawah hinggakan pesakit sukar mendapat rawatan terbaik.
Hospital Selama sering kosong kerana ramai pesakit lebih selesa mendapat rawatan samada di Hospital Taiping atau Kulim, sekalipun perjalanannya agak jauh.
Saya berkata demikian di majlis perjumpaan dengan Lembaga Pelawat Hospital Selama di perkarangan Hospital tersebut.
Turut hadir ialah Pengarah Hospital Selama, Dr Sharifah Suaiman dan Pengerusi Lembaga Pelawat, Nordin Abu Hassan.
Kerana kekurangan kemudahan di Hospital tersebut juga sering menjadi rungutan ramai pihak dan mereka amat berharap taraf Hispital tersebut segera ditingkatkan.
Pada majlis itu juga Saya menyampaikan sumbangan jersi dan Piala pusingan untuk perlawanan Bola Sepak tahunan antara Lembaga Pelawat Hospital dengan JKKK dalam Parlimen Larut.
Dalam perlawanan pertama Bola Sepak, semalam, JKKK Parlimen Larut mengalahkan pasukan Lembaga Pelaat Hospital Selama 1-0 hasil jaringan Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah Mohd Nizam.
Pasukan yang diketuai okeh Haji Shukur Haji Jaman itu turut memananggi piala Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
YMDS,
Ada satu masa dahulu daerah Selama mempunyai penduduk yang rendah tahap pemakanannya (tidak berzat).
Pada masa itu sepatutnya pakar pemkanan sepatutnya diletakkan di Selama, bukannya di Ipoh.
Saya mencadangkan supaya pakar kesihatan diletakkan di tempat (hospital) di mana ramai yang mendapat penyakit yang memerlukan pakar tersebut. Pakar kaunseling sepatutnya diletakkkan di pedalaman supaya orang kampung tidak asyik berjumpa bomoh.
Saya lihat di kawasan Selama bilangan bomoh atau perubatan tradisional semankin ramai. Mereka lebih suka minta pertolngan bomoh atau perubatan Islam dari doktor sebab itu tidak berapa ramai yang berjumpa doktor walaupun pesakit bertambah di Selama jika dibandingkan dengan hospital2 lain.
Cuba YMDS lihat pakar perubatan Islam di belakang sekolah menengah Batu Kurau lebih ramai mendapat pelanggan kerana ramai berpendapat doktor mangkin tidak pandai menginject jarum. Ada kalanya mereka rojoh sahaja untuk mencari perjalanan darah.
Saya pun pernah kena rojoh jarum oleh doktor yang baru untuk menguji penyakit dinggi.
Mula2 saya nak report tapi teringat juga kaum keluarga saya yang menjadi doktor. Jadi saya tak jadi bawa insiden ini ketengah.
Sekian.
Post a Comment