Template by:
Free Blog Templates

2 April 2011

Bantuan kemalangan






Menemui seorang penduduk, Abdul Razak bin Mohd Ali, 53 tahun yang berkerusi roda di Kampung Bukit Nering yang terlibat dalam satu kemalangan.

Beliau mengadu telah tidak menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sejak awal tahun.

Begitupun, pada masa yang sama beliau ada menerima bantuan daripada Baitulmal. Saya telah meminta Ketua Kampung, Musa Ibrahim menyiasat perkara itu.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS.

Yang sebenarnya YMDS, kalau anak atau adik kita ada motosikal kita boleh selalu ke pejabat JKM hingga mereka jemu melihat muka kita.

Ada setengah pejabat mereka hanya membantu kita jika mereka sudah jemu memandang muka yang sama berjumpa mereka kecuali kriterianya tidak mencukupi.

Kesimpulanya didik mereka supaya mereka tahu siapa nak jumpa dalam kesusahan.

Kadang2 anak2 mereka tak peduli pun nak jumpa menuntut ansuran kemalangan. Yang senang kerja ialah jumpa YMDS.

Saya takut projek yang menguntungkan semua Kubu Gajah tergendala kerana YMDS mengambil alih kerja JKM, dll. jabatan.

Jalan Jelapang-Selama tak dengar berita pun sejak Mei tahun lalu.

Pekan Kubu Gajah pun hanya dikosmetik sahaja.

Saya memohon YMDS mengingatkan dewan persidangan Perak tentang bandar yang hendak dinaik taraf dan kalau boleh bandar yang usang/ketinggalan zaman didahulukan.

Sebagai contoh cuba bandingkan Gua Musang dengan Batu Kurau.

Kedua2 bandar ini dibuka diwaktu yang hampir sama. Tapi Gua Musang lebih maju meninggalkan Batu Kurau.

Begitu juga Kubu Gajah dengan Manjung. Ijok dengan Simpang Jelapang.

Dan banyak lagi jika hendak dibandingkan.

Jalan susur keluar yang dijanjikan kerajaan di Johor, Selangaor dan di Alor Pongsu semasa pilihanraya Ulu Selangor pun belum dimulakan.

PRU13 hampir tiba kalau Sarawak menang. Tapi isu peribadi dan nepotism semankin menjadi2 di blog2 Sarawak. Orang UMNO masih tak ada blog yang mempengaruhi pengundi muda untuk menelakkan tuduhan.

Saya mahu UMNO cepat2 memberi kursus menyiapkan blog kepada mereka yang dapat FREE komputer. Kalau tidak saya rasa Kerajaan atau UMNO rugi besar kerana tidak dapat menerangan isu yang dibangkitkan rakyat.

Sekian untuk makluma YMDS.