Template by:
Free Blog Templates

5 April 2011

Rumah dilanda ribut







Sejak akhir-akhir ini ribut sering melanda di beberapa buah kampung dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah.

Begitupun, alhamdullilah kejadian itu tidak berlaku sebarang kemalangan yang meragut jiwa.

Saya sempat melawat rumah Warga Emas, Nazimi binti Mohd Ali, 64 tahun di Kampung Haji Mat Ashik yang ditimpa sebatang pokok durian.

Beliau yang juga seorang Ibu Tunggal, bagaimanapun bersyukur kerana tiada berlaku sebarang kemalangan yang meragut nyawa.

Kira-Kira sebulan yang lalu, beliau kehilangan seorang anak Orang Kurang Upaya (OKU).

Turut hadir ialah Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)Abdul Karim Bahari.

4 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Batang pokok durian tersenarai dalam kumpulan kayu balak yang agak mahal harganya jika dijual.

Banyak pokok durian tua sepatutnya boleh dijual tanpa menunggu ia tumbang atau pun batangnya berlubang untuk menambah pendapatan orang kampung.

Tapi jabatan perhutanan tidak dapat meluluskan supaya batang itu dapt dijual.

Bolehkan dewan adun Perak memberi keluluskan hanya untuk orang kampung menjual pokok yang hanya tumbuh ditanah mereka untuk mengelakkannya daripada dibuang atau dibakar begitu sahaja.

Dikebun saya ada banyak rotan tapi saya tebang dan bakar semuanya untuk memberi laluan kepada penanaman kelapa sawit.

Saya lihat sekarang ini barangan diperbuat dari rotan adalah salah satu yang termahal sekali.

Sekian

Anonymous said...

YMDS,

Adakah wakil rakyat yang pencen tidak lagi melawat tempat2 kita?

Saya mendapat tahu (tapi mungkin salah) kebanyakkan mereka mendapat kerja sebagai pengarah syarikat dll.

Tujuan kerajaan memberi mereka kedudukan (pekerjaan) setelah pencen ialah supaya mereka juga dapat bersama2 wakil rakyat yang sedia ada membantu untuk memajukan tempat mereka.

Saya lihat selama ini mereka tidak sama2 turun padang dengan YMDS.

Biarkanlah ketua kampung turun padang dengan penghulu dan ADO.

Manakala YMDS turun padang dengan wakil rakyat dan ketua kampung yang pencen supaya tempat kita lebih maju jika lebih ramai yang mengambil bahagian untuk membangunkannya (turun padang).

SEkian.

Anonymous said...

YMDS,

Saya masih memberi ranking nombor satu kepada YMDS jika dibandingkan dengan wakil2 rakyat (Selama/Kubu Gajah) yang terdahulu daripada YMDS.

Sebab yang pertama ialah YMDS bukanlah wakilrakyat yang hanya memanaskan kursi dewan persidangan semasa bersidang. YB kita dahulu ramai yang membisu.

Yang kedua YMDS terkenal dalam persatuan bola kebangsaan.

Yang ketiga selalu turun padang mengalahkan ketiga2 wakil rakyat yang lain.

Kelemahan YMDS hanyalah YMDS asyik membantu pembangunan Lembah Kinta (seperti theme park Batu Gajah).

Untuk mengelakkan perkara ini berlaku YMDS hendaklah membina rumah persingahan YMDS di Tebing Tinggi sebelum PRU 13 kerana kami melihat YMDS betul2 seperti rakyat JATI kampung Tengah, Tebing Tinggi jika ada rumah YMDS di situ.

Buat masa sekarang kami melihat hati YMDS masih di Ipoh, badan YMDS di Batu Kurau manakala otak YMDS di ADUN Kubu Gajah.

Alangkah baiknya jika semuanya ini berada di kawasan ADUN Kubu Gajah. Sudah tentu kawasan ADUN Kubu Gajah membangun seperti Jelapang atau Simpang Pulai (atau pun Batu Gajah).

Terima kasih.

Anonymous said...

YMDS,

YAB MB kita turun padang seminggu sekali ke Pulau Pangkor memantau projek2 di Pulau Pangkor.

Kalau YMDS juga memantau projek di ADUN Kubu Gajah sudah tentu pekan Ijok dan Kubu Gajah membangun mengikut apa yang telah dikatakan/diwar2kan YAB MB (dirancangan).

MB kita mahu membangunkan Kubu Gajah dan Ijok tapi Pulau Pangkor yang membangun mengikut jadual.

Duit ada lebih 600 juta. MB kita hendaklah pandai melobi badan2 kerajaan yang lain untuk membangunkan Kubu Gajah dan Ijok bukan hanya berpolitik.

Sebagai contoh mengadakan (melobi) pejabat MPOB, perhilitan atau Nenas Negara di Kubu Gajah kerana ladang 100 ekar nenas sudah mula di tanam dengan nenas dan begitu juga di kawasan2 lain.

PRU 13 mangkin hampir tapi pembangunan Kubu Gajah dan Ijok tak nampak bayang pun. Tapi bila saya ke Pulau Pangkor bayang pun sudah mula menjadi realiti.

YMDS asyik bagi makan orang susah tapi MB kita asik membuat pembangunan (mengutamakna orang susah).

Sekian