12 April 2011
Tentera bina rumah
Rumah seorang penduduk di Pekan Kubu Gajah yang dibaiki oleh sekumpulan Anggota Tentera dari Taiping hampir sebulan yang lalu secara bergotong royong, kini hampir siap.
Dalam tinjauan ke rumah Halib Osman anggota tersebut begitu gembira menjalankan kerja gotong royong tersebut yang turut disaksikan permulaan kerjanya oleh Panglimat 2 Briged, Brig.-Jen. Datuk Zulkifli, bulan Mac yang lalu.
Bukan sahaja Halib gembira kerana mendapat sebahagian rumah baru, tetapi saya juga begitu berterima kasih kepada anggota Tentera yang bertungkus lumus menyiapkan pembinaan rumah itu seperti yang dijadualkan.
Kerajaan menyumbangkan kira-kira RM 20,000 bagi membantu memperbaiki rumah Halib yang tiba-tiba roboh kerana terlalu lama hingga dimakan anai-anai.
Halib, 55 tahun yang bekerja sendiri, tinggal besama ibunya seorang Warga Emas di rumah tersebut.
Anggota tersebut juga dijangka terlibat dalam projek memperbaiki sebauh lagi rumah di Dewan Undangn Negeri (DUN) Kubu Gajah tidak lama lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
YMDS,
Saya sangat terharu dan berterima kasih kerana YMDS sudah pun tahu tempat untuk mendapat bantuan melalui badan amal sesebuah organisasi.
Organisasi yang berprestij selalunya mempunyai badan kebajikan untuk membantu masyarakat.
Alangkah baiknya jika YMDS juga merapatkan diri dengan CSR Genting Plantation, Sime Darby Group, Riverview dll yang ada dipersekitaran Kubu Gajah.
Pada awal tahun, wang untuk bantuan untuk kemasyarakatan korporat ini masih banyak. Tapi jika pertengahan tahun semuanya akan habis.
Ditiap2 universiti selalunya ada badan persatuan Anak2 Perak. Mereka ini pun boleh dipanggil semasa orientasi.
Perak ada orang kuat, Vice Canselor UTM. Saya harap YMDS selalulah berjumpa orang seperti ini untuk pembangunan terutama sekali di bahagian yang berkaitan dan yang dapat memajukan kawasan kita. Beliau juga penasihat IDR yang boleh YMDS tanya tentang kemajuan lebuhraya Jelapang-Selama.
Sepatutnya YMDS bukan sahaja selalu jumpa penyokong akar umbi tapi YMDS hendaklah selalu juga berjumpa mereka yang memegang dasar dan memberi bantuan untuk pembangunan.
Kalau YMDS selalu jumpa akar umbi tapi tidak berjumpa dengan mereka yang memberi bantuan dan merancang pembangunan, kawasan ADUN Kubu Gajah tidak akan membangun. Adakah mereka yang diakar umbi boleh membangunkan Kubu Gajah?
Sebagai contoh, YMDS hendak memajukan Theme Park di Batu Gajah (kawasan DAP). Kepada siapakah YMDS minta bantuan? Gunakanlah strategi yang sama untuk membina Kubu Gajah.
Yang penting STRATEGI.
Sebab itu kalau kita hendak menang pilihan raya kita perlukan strategi. Wang tak begitu penting. Hamburkanlah wang di tempat DAP? Susah juga Barisan hendak menang di kawasan DAP jika theme park di bina di sana.
Sekian.
YMDS,
Kami ingin juga mendengar perkara YMDS bangkitkan untuk kemajuan kawasan ADUN Kubu Gajah dalam dewan persidangan.
Kerajaan pernah berjanji hendak membina susur keluar di Matang Pasir/Alor Pongsu semasa pilihan raya Hulu Selangor.
Di Sarawak banyak memperkatakan tentang janji kosong pembangkang.
Boleh tidak kita bangkitkan perkara ini dalam dewan kerana kita tidak mahu janji kosong seperti parti pembangkang.
Mungkin wakil rakyat Alor Pongsu duduk diam kerana ia tidak menguntungkan beliau.
Sekian.
YMDS,
Saya sangat berterima kasih jika YMDS membangkitkan harga getah yang tidak selaras.
Jika YMDS lihat harga ketol getah basah hari ini di Trengganu dan di Negeri Sembilan $7.25 sekilo.
Di Perak pula lebih randah dan peraih pula membeli getah saya $7.00 sekilo walau pun tiada bahan asing di dalam ketol getah tersebut.
Sekain. Terima kasih.
Post a Comment