Template by:
Free Blog Templates

20 April 2011

PM di Ipoh






Menyambut ketibaan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tub Abdul Razak yang tiba di Ipoh untuk meresmikan Minggu Amanah Saham Malaysia 2011.

Program yang disiarkan secara langsung itu yang diadakan di Stadium Indera Mulia dihadiri lebih 5,000 orang pelbagai kaum dari seluruh Negeri Perak.

Turut hadir Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Ketua-Ketua UMNO Bahagian serta pemimpin kaum yang juga turut berada di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah.

Perdana Menteri berlepas pulang ke Kuala Lumpur hampir jam 7 petang. Hujan turun agak lebat serta ribut kuat berlaku di berapa tempat sebelum ketibaan Datuk Seri Najib.

Cuar yang agak buruk itu, bagaimanapun, bertukar baik, sebaik Perdana Menteri tiba di Ipoh. Beliau sempat menemui beberapa orang pemimpin UMNO sebelum bertolak ke tempat perasmian.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Saya mendengar ceramah CEO PNB di Ipoh. Kalaulah beliau memberi pekerjaan di PNB dan anak2 syarikatnya kepada anak keluarga yang miskin tegar sudah tentu kemiskinan akan dapat diatasi sebelum 2015.

Tapi kalau PNB asyik bagi duit kepada orang miskin dan pendidikan kepada mereka yang pandai sahaja agak mustahil kita dapat mengatasi kemiskinan.

YMDS mestilah mereflik kembali pengelaman hidup kita iaitu kita yang membantu ayah dan emak kita yang miskin kerana kita mendapat pekerjaan bukan dengan menerima berss gula duit dari kerajaan.

Kita tak payah buat penyelidikan atau kajian. Masyarakat intelek lupa membuat kajian secara refleksi. Kerajaan juga asik menunggu aduan orang ramai tanpa mengetahui bagaimana sesetengah kaki tangan kerajaan hidup dalam kimiskinan.

Saya rasa, bukan wakil rakyat semuanya yang kaya.

Wakil rakyat yang asalnya miskin hendaklah merefleksi baigaimana mereka mengatasi kimiskinan mereka.

Kalaulah Dr. Mahathir menceritakan bagaimana belisu boleh jadi kaya saya sudah tentu membeli bukunya sekarang juga untuk menjadi role model bagi diri saya.

Buku Pasar Malam tulisan Johar Seman saya rasa sangat baik kerana membantu kita hendak jadi kaya.

Pak Ngah Laksa Pulau Pinang menceritakan bagaimana beliau mendapat 72 ribu sebulan.

Jualan bihun sup mencapai 17 ribu sebulan di pasar malam pun banyak yang kita dengar dari buah mulut mereka yang berniaga di pasar malam.

Buku yang menceritakan bagaimana individu menjadi kaya haruslah disebarkan ke ahli UMNO supaya mereka tidak lagi minta sedekah kepada kerajaan.

Sekian.