Template by:
Free Blog Templates

18 April 2011

Tebing sungai runtuh





Melawat tebing sungai runtuh dan membahayakan di Kampung Batu 20, jika sesuatu tindakan segera tidak dimabil ia juga boleh mengancam segala tanaman yang diusahakan penduduk di kawasan yang berdekatan.

Saya berharap JPS akan bertindak segera mengatasi masalah tersebut. Keadaan sungai tersebut juga semak samun tanpa sebarang jagaan.

Pada masa ini, penduduk begitu bersemangat mengerjakan tanan-tanah mereka dengan pelbagai tanaman, tetapi keadaan tebing sungai itu membimbangkan mereka.

Turut hadir ialah Ketua Kampung Batu 20, Haji Mohd Isa Harun dan beberapa orang JKKK.

3 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Saya mohon JPS juga melihat tanah terbiar disebabkan berpaya kerana anak sungai tidak dibersihkan dan didalamkan.

Sebagai contoh, saya lihat lebih kurang 200 ekar tanah terbiar dari Sungai Krian hingga membawa ke kawasan di belakang rumah ayahanda YMDS: Anak sungai Dendang melalui tanah Haji Rejam hingga ke Tengkolok Jatuh/ Belakang kubur dan seterusnya hingga ke Sungai Krian/anak sungai Ijok/Sungai Lembah Keluang.

Bayangkan cukai asas tani yang dapat dikumpulkan oleh kerajaan jika semuanya di tanam dengan kelapa sawit dll jika tanah tersebut tidak berpaya. Barangkali nilainya boleh dikira oleh Dato' Hamzah kerana beliau lebih maklum tentang cukai hasil produk tani yang dapat dikumpulkan bagi 200 ekar tanah.

Kalau kita beri kuasa penangkap ular sawa menangkap ular sawa dari kawasan tersebut mungkin mereka boleh menjadi jutawan agaknya. Jika kita letakkan net sudah tentu ia mengena kalau ada bangkai ayam dll dijadikan umpanya.

Sekian untuk makluman YMDS.

Anonymous said...

YMDS,

Kalau YMDS lihat bandar MIRI berkembang dari Sungai Baram hingga ke lapangan terbang dengan pesatnya.

Kemajuan tersebut amat ketara apabila DAP mula bertapak di situ walaupun kerajaan Barisan Nasional bertungkus lumus membangunkanya.

Perkara sebegini berlaku amat ketara di Pulau Pinang, Selangor, Lembah Kinta,Lembah Klang.

Salah satu sebab DAP menang di Sarawak adalah disebabkan BN memajukan tempat mereka lebih daripada tempat2 lain.

Ahli DAP yang yang memntingkan pemasaran dan corak hidup yang simbiotik sangat memerlukan bumiputra untuk berjaya dalam perniagaan mereka.

Ahli DAP yang tak suka Bumiputra adalah mereka yang pendek akal kerana saya lihat trend di restaurant Cina di Sarawak dan Sabah, bumipura berjual di depan/di kaunter dan orang Cina memasak di belakang kalau tidak orang Brunei ke MIRI tidak akan makan di retaurant Cina.

Yang sebenarnya ahli DAP ialah mereka yang chauvinistik kerana mereka tahu, walaupun undang2 hudud atau komunis diparktikkan mereka masih boleh mengasilkan beribu2 jutawan. Orang chauvinistik memang tak suka hudud tapi kalau betul2 diparktikkan saya rasa kita tidak lagi memrlukan polis dan sekuriti guards yang ramai kerana penalt kesalahan yang dilakukan sangat bahaya.

Begitu juga di negeri Cina shooting squard mereka amat berjaya dan mahkamah kampung juga sangat berjaya. Tapi sekarang mereka ikut Amerika pencuri dan penipu mangkin bertambah.

Sekian untuk makluman YMDS.

Anonymous said...

YMDS,

Baklalan dimenangi oleh PKR kerana calonnya lebih menonjol dari calon BN.

Kalau BN letakkan Idris Jala menjadi calonnya sudah tentu BN boleh menang dan seterusnya menjadikan beliau Ketua Menteri sudah tentu orang Cina akan ramai memangkah calon BN. WALAU pun orang Cina suka DAP tapi mereka ramai juga melihat calon yang dicalonkan.

Pelajaran yang kita pelajari dari pilihan raya Sarawak ialah kita hendaklah meletakkan calon yang disegani oleh orang Cina dan mereka ini hendaklah calon yang lebih baik lagi daripada calon pembangkang (termasuklah integriti dan mereka kaya mengikut pendapatan mereka yang sebenar, lihatlah cara Lee Kuan Yew memilih calon PAP) di 12 kawasan di negeri Perak.

Sekian untuk makluman YMDS.