Template by:
Free Blog Templates

10 April 2011

Mesyuarat UMNO










Pilihanraya Negeri Sarawak sedikit sebanyak akan menjadi petunjuk kepada Pilihanraya Umum (PRU) Barisan Nasional (BN) yang akan datang.

Kemenangan BN di Sarawak penting dan BN yakin mencapai kejayaan cermelang berdasarkan kemenangan dalam beberapa Pilihanraya Kecil (PRK) sebelum ini.

Begitupun, jentera BN harus kerja kuat bagi mempastikan bukan sahaja menang dalam pilihanraya Negeri Sarawak, tetapi kekal rekod dua pertiga.

BN Perak yang diketuai oleh Meneri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir juga turun membantu kempen BN di Sarawak.

Saya berucap di Mesyuarat Agung UMNO Cawangan Jelai sambil berharap ahli-ahli Parti berusaha menambahkan lagi bilangan ahli.

Turut hadir Ketua UMNO Cawangan Jelai, Mohd Ali Awang Besar dan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Larut, Haji Shamsul Ariffin.

Jika UMNO bersatu ramai lagi mereka yang berada di atas pagar untuk menyertai parti tersebut, justeru jangan biarkan mereka menukar selera hanya kerana mereka bosan dengan gelagat dan percakaran dalam UMNO itu sendiri.

UMNO Bahagian Larut akan terus bekerja keras bagi mempastikan kemenagan dalam PRU dan menggekalkan rekod cemerlang memenanggi kesemua empat kerusi yang dipertandingkan.

Terdahulu, Saya turut menhadapi mesyuarat agung cawangan-cawangan UMNO Changkat Larah, Ulu Sepetang, Cerok Pelandok dan Cerok Kelian.

2 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Barisan di Sarawak asyik menerangkan pembangunan.

Parti pembangkang ashik menghentam peribadi seperti kronisma dan politik kepentingkan peribadi.

Kesimpulannya, Barisan hendakleh mengenalpasti mereka yang bebas dari sebarang tuduhan untuk dicalonkan dalam PR 13 supaya ia tidak menjadi seperti isu
yang dibangkitkan pembangkang di Sarawak.

Mangkin ramai di Sarawak yang menggunakan internet untuk membangkitkan isu mereka.

Sudahkah YMDS beritahu mereka yang mempunyai komputer menyediakan blog masing2 untuk menerangkan isu yang dibangkitkan pembangkang?

Isu setempat mahu pun LMS atau di peringkat nasional.

Sekian.

Anonymous said...

YMDS,

Isu pembangkang di PRU 13 ialah banyak kawasan pembangkang telah membangun dengan pesatnya terutama sekali di kawasan DAP seperti Pulau Pinang, Lembah Klang , Lembah Kinta dan bandar2 lain.

Sebab itu saya syorkan Barisan hendaklah membangunkan kawasan pendalaman kerana segala pembangunan yang dilakukan di kawasan bandar akan menjadi ISU YANG MAKAN TUAN.

Jikalau Barisan hendak maju dalam politik Berisan hendaklah berpegang kepada rakyat miskin dahulukan dan kawasan pedalaman diutamakan. Cuba YMDS tanya ADUN Kinabatangan sama ada beliau setuju atau tidak tentang pendapat saya.

SEkian.