11 April 2011
Tanaman
Tanpa dirancang, Saya singgah untuk melawat projek tanaman cabai yang diusahakan oleh seorang penduduk di Bagan Baharu di bawah program bantuan E-Kasih Jabatan Pertanian.
Saya amat tertarik dengan kegigihan Abdul Hamid bin Ramli, 39 tahun yang mengusahakan tanaman cabai.
Kini terdapat kira-kira 600 pokok yang usahaknya sejak dua bulan yang lalu dan difahamkan dibawah program tersebut, beliau menerima bantuan lebih RM10,000.
Begitupun, Saya beharap FAMA akan membantu untuk mencari pasaran yang hasil usaha Hamid jika tidak program itu sia-sia sahaja.
Jabatan Pertanian selain membantu menggalakan rakyat terlibat dalam projek pertanian, mereka juga harus diberi khidmat nasihat mengenai cara pemasaran yang betul hasil usaha mereka.
Saya percaya jika program sedemikian diperluaskan ramai rakyat miskin tegar dapat dibantuan dan akhirnya masalah itu dapat diatasi dan dikurangkan.
Cara itu bukan sahaja dilhat lebuh produktif, berkualiti tetapi juga membantu menggalakan rakyat miskin yang tidak betanah mengusahakannya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment