13 April 2011
Tumbuh-tumbuhan
Meninjau pelbagai tumbuh-tumbuhan yang terdapat disekitar kawasan perumahan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah dan berharap penduduk mengusahakan tanah-tanah yang adakan bagi bercucuk tanam bagi menambah pendapatan dan juga kempen berjimat cermat.
Banyak tanah yang tidak diusahakan dan ini merupakan satu kerugian kepada penduduk kerana tidak mahu mengguanan tenaga yang ada bagi menambah mata pencarian.
Selama mana kita hendak bergantung kesemua kepada mengimpot sedangkan kita juga boleh menggurangkan sikap bergantung kepada barangan dari Luar jika kita bekerja lebih sedikit.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Pokok tu boleh buat ubat panau. kalau datuk ada panau bileh le pakai.
Datuk tunjuk le tanah mana yang kosong. pas tu bagi la kat org kg usahakan. tak kan nak main terepa je. kena tanah orang, tak ke tuan tanah gedaung marah...
orang kita boleh bekerja lebih sikit... depa tak mintak duit pun.. bagi tunjuk ajar, buat program yg dapat meningkatkan taraf hidup orang kg. cabai mahal la ni, buat bengkel penanaman cabai. kerja kena buat gak.. bukan cakap je... kalau jadi adun setakat bagi jersi ngan bola je, dah lepas. datuk pun dah tak jd pengurus perak. orang dah tak nak jersi ke bola ke, hapa ke.. buat program yg boleh menambahkan pendapatan rakyat... buka peluang dan runag. Datuk duduk lama kat BAtu Kurau, sampai la ni dok macam tu gak... lebuh raya dari anak kurau ke tepeng tak buat2 gak... tu salah satu cara mempercepatkan pembangunan datang ke batu kurau.
YMDS,
YMDS hendaklah juga mereflek kenapa tanah saudara mara YMDS tidak diusahakan selain daripada membuat lawatan untuk mengumpul maklumat tentang tanah terbiar.
Dari saya kecil lagi saya tahu kerajaan asyik mengumpul data tanah terbiar.
Tanah yang tidak diusahakan ialah kerana tanah paya. Kerajaan tidak mahu mendalamkan air sungai yang melalui tanah paya tersebut seperti tanah yang berada dibelakang tanah ayahanda YMDS.
Yang kedua, tanah tidak diusahakan kerana banyak haiwan perosak kerana jabatan vertanier dan perhilitan tidak memberi kerjasama.
Dulu kera di Taiping dibuang di Pondok Tanjung.
Jabatan vertiner memberi bantuan lembu dan kambing kepada orang yang tidak mahu mendirikan pagar.
Tanah terbiar kerana tanah berkongsi kerana untuk memecahkan tanah tersebut ia hanya boleh dilakukan oleh pihak swasta.Upahnya terlalu mahal sangat. Adik YMDS pun tak dapat membayarnya jika disuruh pecah bahagian.
Bagi tanah berkongsi, ada antara rakan kongsi yang mahu mengusahakannya dan ada pula yang tidak mahu mengusahakannya. Sepatutnya tanah ini boleh dipecah dua. Satu pecahan kepada yang mahu mengusahakannya. Dan yang satu lagi bagi mereka yang tidak mahu mengusahakan kerana mereka ada berjauhan seperti di Ipoh, Pulau Pinang dsbnya.
Ada juga tanah yang tidak tidak ambil kuasa.
Kerajaan tidak kreatif untuk membangunkan tanah yang tidak berkausa.
Kalau kerajaan kreatif dan melihat undang2 tanah bukan undang2 yang tidak boleh dipinda, kerajaan boleh meminjam dari 42 bilion wang amanah raya untuk mengusahakan tanah terbiar (kerajaan menjadi proxy tuan tanah). Nak buat apa wang 42 bilion disimpan begitu sahaja. Takkanlah kita hendak gunakan untuk pilihan raya.
Sekaraang sidang dewan negeri sedang berjalan. Bila lagi kita hendak usahakan tanah terbiar.
Takkanlah susah sangat untuk mendalamkan anak sungai atau alor sungai. Kalau nak buat perit memang susah kerana ia bukan natural, perlu memberi pampasan jika kita korek parit di tanah orang.
Saya sudah berbuih mulut mencadangkan perkara yang sama. Pembaca pun bosan mendengarnya asyik2 perkara yang sama dibangkitkan dari zaman ayah saya dahulu.
Akhir2 sekali kami jual semua tanah kepada orang kaya.
Di kampung YMDS siapa tak kenal dengan Haji Rejam, Osman Kopi dan anak Pak Lang Dolah.
Mereka di kampung YMDS habis menjual tanah kepada mereka ini.
Kesimpulanya, kerajaan mengalakkan kita kretif tapi kerajaan sendiri yang tidak kreatif untuk merefomasikan tanah terbiar.
Sekian
Harga Cili mahal la ni.. Bagi tunjuk ajar kat orang kg. cara2 nak tanam cili. Sebab cili ni tanaman sensitif, memerlukan penjagaan yang rumit. tetapi hasilnya lumayan. Bukan setakat pegi malawat ladang cili je. Jemput penanam cili yg berjaya. tolong beri tunjuk ajar. boleh la mendatangkan pendapatan sampingan pada orang kg.
Post a Comment