Template by:
Free Blog Templates

1 April 2011

Lawat orang sakit






Saya tidak menyangka menemui seorang Warga Emas, yang berusia 103 tahun di Kampung Tersusun, Redang Panjang.

Dalam lawatan tersebut, Saya sempat bertemu dengan Aishah binti Mat Hashim yang kebetulan adalah Nenek kepada Ketua Wanita Cawangan.

Saya juga melawat Ali bin Abdul Mutalib, 51 tahun yang sedang sakit buah pinggang dan tinggall bersama isteri Rasimah binti Saleh, 43 tahun dan tujuh orang anak termasuk tiga yang masih bersekolah.

Kemudian, Saya melawat Jamaliah binti Ariffn, 44 tahun yang juga sakit buah pingggang dan Warga Emas, Nazri bin Kechik, 85 tahun yang uzur di Redang Panjang.

Turut hadir dalam lawatan itu ialah Ketua Kampung, Hamid bin Zainuddin.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Jika YMDS melawat warga tertua eloklah juga mendapatkan resipi bagaimana kita dapat memanjangkan umur untuk dibukukan dan diedarkan kepada msyarakat sebagai panduan.

Salah satu kriteria yang saya dapat dari datuk saya ialah jangan bencikan orang lain dan teruskan membersihkan halaman dan menyupu rumah walaupun sudah tua (115 tahun).

Sebagai contoh, walau pun mereka datang dari parti pembangkang janganlah kita bencikan mereka kerana ada sesuatu yang ada pada mereka yang tiada kepada kita yang satu hari nanti akan dapat membantu anak cucu kita.

Sekian untuk makluman YMDS