Template by:
Free Blog Templates

26 April 2011

Lawatan







Melawat dua buah rumah rakyat miskin termasuk seorang Ibu tunggal di Bagan Baharu dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah.

Mereka ialah Noranaton binti Abd Wahab, 45 tahun yang tinggal besama suaminya, Sulaiman bin Mohd Zabidin, 52 tahun dan tiga orang anak manakala Noriah binti Kasim,45 tahun ibu tunggal yang tinggal bersama lima orang anaknya.

Kedua-dua mereka mohon bantuan memperbaikli rumah mereka yang dah agak lama dibina dan mengalami kerosakan.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Nampaknya ramai antara yang miskin yang YMDS lawati masih boleh bekerja kerana mereka yang membantu saya bekerja di kebun berumur dalam lengkunan yang sama.

Selalunya kita tak ambil mereka bekerja kerana upah yang mereka tawarkan terlalu mahal. Akhirnya kami mencari pekerja yang murah gajinya.

Pernah orang miskin ingin menebang pokok tanaman semula di tanah saya memninta upah $1,200 se ekar. Manakala bull-dozer menolaknya dengan upah $350 se hari (lebih kurang kerja se ekar).

Begitu juga meracun tanah
Orang UMNO lagi mahal. Ada orang Kuat UMNO selepas menebas baru menentukan upahnya (sebagai Contoh Razali AJK UMNO Tebing Tinggi). Begitu juga anak tok imam kita yang dapat bantuan kiosk. Upah yang dimintanya untuk memprune (cantas pelepah kelapa sawit) $6.00 sepokok. Bayangkan kalau kita gaji Indon pekerja Hj. Ishak Cangkat Lobak. Ia hanya mahukan seringgit. Sebab itu ramai orang Indon yang bekerja di kawasan DUN Kubu Gajah mempunyai 2 buah kedai runcit di Indon. Yang bekerja di ladang nenas Sg. Dendang 3 bulan sekali balik hantar duit untuk business di sana.

Untuk mendapatkan pekerjaan yang berterusan orang miskin hendaklah menentukan upah yang standard/sama dengan pekerja biasa, bukan mendapatkan upah seperti mendapatkan rezeki harimau. Mereka minta upah mahal2 lepas itu kami tak panggil lagi mereka nekerja di kebun kami.

Begitu juga pekerja FELDA.

Salah satu punca kemiskinan di tempat kita kerana upah kerja agak mahal jika dibandingkan dengan pekerja Indon.

Sekian.