Template by:
Free Blog Templates

17 April 2011

Tahniah BN Sarawak

Tahniah diucapkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak diatas kemenangan cemerlang Barisan Nasional (BN) dalam Pilihanraya Negeri Sarawak.

Kemenangan itu ternyata bahawa BN masih diterima dan kepimpinan Datuk Seri Najib yang juga Pengerusi BN Pusat, terus diberikan kepercayaan untuk membela nasib rakyat serta membawa kemajuan kepada Negara pada keseluruahnnya.

Datuk Seri Najib bekerja begitu keras turun ke padang dalam kempen Pilihanraya Negeri Sarawak bagi memberi keyakinan bahawa hanya BN yang mampu membela nasib rakyat dan membawa perubahan kepada mereka.

kemenangan itu juga ternyata bahawa rakyat Sarawak tidak mudah termakan pujuk rayu Pembangkang yang semakin ditolak oleh rakyat dalam beberapa Pilihanraya kecil sebelum ini.

Kemenangan itu juga bermakna bahawa rakyat masih selesa dengan kepimpinan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud untuk terus memimpin mereka.

Turut juga terlibat di dalam mempasti kemenangan kempen BN di Sarawak itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Penerusi BN Pusat.

BN Perak diketuai Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdu Kadir, juga turut membantu jentera kempen BN Sarawak, sekalipun menghadapi sidang Dewan Undangna Negeri (DUN).

Dalam Pilihanraya Sarawak, BN menenang 55 Kerusi diikuti DAP 12, PKR 3 dan Bebas 1 manakala BN kekal majoriti dua pertiga untuk menubuhkan Kerajaan.

Tahniah BN teruskan kecemerlangan membela nasib rakyat dengan rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan.

3 comments:

Batu Kurau said...

Kat Saawak kalau letak Batu atau Kayu sebagai calon BN, confirm menang punya. Sama gak kat DUN Kubu Gajah dan Batu Kurau. Buat masa sekarang ni la. tapi berhati- hati la pada pilihanraya ke 15 atau 16, mungkin perubahan akan berlaku. Jadi Buat le kerja korang sebelum korang di kerjakan sehingga kalah teruk dalam pilihan raya. Renung2 kan dan selamat menjalankan tugas.

Anonymous said...

YMDS,

Kawasan bandar akan terus dikuasai DAP kerana:

1. Peranan internet yang menghebahkan cerita tentang salah guna kuasa dan kronisma.

2. DAP sudah pun tahu walaupun mereka 'anti' kerajaan, kerajaan tetap memberi keutamaan pembangunan di kawasan bandar. Contohnya di Lembah Kinta dan Lembah Klang dan banyak lagi di bandar2 lain termasuklah Batu Gajah (DAP).

Walaupun bertita yang tersebar dinternet dianggap sebagai daayah tetapi ada juga antara mereka yang memegang kepada pepatah, 'Kalau tiada angin takkanlah daun boleh bergoyang'.

Barisan tidaklah boleh berpegang kepada pendapat bahawa parti pembangkang juga mementingkan kronism.

Kalau kita mementingkan kronism pun janganlah jadi MIKKA Holdings. Lebih 20 tahun tak untung2. Mungkin gula Perak juga menjadi mangsa kronisma.

Sekian untuk makluman YMDS.

Anonymous said...

YMDS,

YB Abang Johari hendak memodenkan kampung di kawasan beliau memenangi pilihan raya setelah memenangi pilihan raya tersebut.

Tidakkah YMDS mahu mengikut jejak beliau supaya kampung YMDS dimodenkan dan seterusnya semua kampung di kawasan ADUN Kubu Gajah.

Kalau kampung kita menjadi moden sudah tentu YMDS akan berjaya dalam PR 13 akan datang.

Terima kasih.