Template by:
Free Blog Templates

3 April 2011

Taklimat PRU
























Ahli-Ahli UMNO diingatkan agar jangan bercakaran dan berpecah belah kerana sikap itu akan hanya memberi peluang kepad Pembangkang menabur fitnah.

Sebaliknya jika ada sebarang perbezaan pendapat ia haruslah diselesaikan secara baik dan muafakat.

Saya berkata demikian di majlis taklimat menjelang Pilihanraya Umum (PRU) Bahagian Larut peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kurau di Dewan Astaka, Batu Kurau tenghari tadi.

Program dua hari itu, bermula semalam yang dikendalikan oleh Pengarah Urusetia Pilihanraya UMNO Perak, Hanafiah Man, bermula pagi semalam di DUN Selama dan DUN Kubu Gajah.

Untuk taklimat di DUN Selama ia diadakan di Dewan Bandaran Taman Permai manakala untuk DUN Kubu Gajah ia berlangsung di Dewan Masyarakat Kubu Gajah.

Ahli-Ahli UMNO harus menumpukan kepada program menarik lebih ramai lagi mereka yang berada diatas pagar untuk menyertai Parti tersebut.

Kekuatan UMNO bergantung kepada perpaduan parti itu sendiri dan mereka tiada pilihanan jika mahu mempastikan kemenangan dalam PRU ke 13.

Saya juga mengingatkan agar semua persidangan agung tahunan UMNO cawangn diselesaikan pada 15 April ini dan mempastikan hanya mereka yang layak sahaja dipilih untuk mewakili ke Mesyuarat Agung UMNO Bahagian pada pertengahan bulan Mei ini.

Turut hadir ialah ADUN Batu Kurau, Kapt. (B) Datuk Najmuddin Haji Elias, Ketua Pergerakan Wanaita UMNO Bahagian, Sawipah Yahya dan Ketua-Ketua UMNO Cawangan.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Saya khuatir orang yang dipilih menjadi pegawai SPR tidak mendapat kredit dalam mata pelajaran geografi.

Saya berkata demikian kerana nama saya dletakkan mengundi di Ipoh dan isteri saya di Ulu Mengkuang tapi kami semuanya bukan orang dari situ.

Saya memohon kepada YMDS meminta semua pekerja di pejabat SPR mestilah mendapat kredit dalam mata pelajaran geografi supaya mereka tahu betul2 meletakkan calon mengikut alamat yang ada di IC.

Perkara ini bukan berlaku hanya sekali sahaja.

UMNO atau mana2 parti bercakaran sama sendiri ialah disebabkan kita tidak telus memberitahu akar umbi siapa yang kita hantarkan untuk menjadi calon dan kenapa kita hantarkan nama mereka.

Sebagai contoh jika YMDS hendak mencalonkan ketua wanita atau timbalan, YMDS mahulah memberitahu akar umbi kenapa mereka ini dicalonkan. Dan kenapa kita tidak mencalonkan mereka yang dikehendaki oleh akar umbi dan pengundi.

Akar umbi (pengundi kebanyakkannya) mempunyai kriterianya sendiri. Kalau kita ambil kriteria akar umbi dan juga pengundi sudah tentu kita tidak bercakaran dan akan boleh menang di PRU 13.

Kriteria yang penting sekali ialah mereka yang boleh menang dan mempunyai ketokohan untuk menjadi Menteri Besar (ADUN) dan Perdana Menteri (parliamen).

Janganlah syorkan nama yang tidak ada ketokohan untuk menjadi Menteri Besar.

Tetapi kriteria ini hendaklah diberitahu kepada akar umbi supaya mereka tahu calon yang mereka perjuangkan layak atau tidak layak untuk menjadi Menteri Besar.

Kita tidak mahu lagi mencari tokoh yang tidak dapat hendak diketengahkan kekedudukan di peringkat yang lebih tinggi.

Jika kita pilih mereka yang tidak ada ketokohan untuk menjadi Menteri Besar sudah tentu kawasan ADUN Kubu Gajah tidak akan membangun seperti Sri Iskandar.

Kami di akar umbi mementingkan ekonomi dan mendapatkan pekerjaan. Kami tidak pentingkan politik kedai kopi atau retorik.

Kalau kita asyik memilih orang kuat berpolitik sudah tentu LMS akan tidak membangun kerana mereka asyik hendak mempertahankan kedudukan bukan pembangunan ekonomi LMS.

Sekian