Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak masuk ke hari ketiga hari ini dan Saya berpeluang mengemukan pertanyaan dalam sesi soal-jawab mengenai Yayasan Bina Upaya (YBU) yang kebetulan turut disentuh dalam titah Ucapan DYMM Pemangku Raja Perak.
Saya bertanyakan Kerajaan Negeri apah cukup dengan hanya sekitar RM 5 juta setahun yang diperuntukan kepada YBU, sedangkan perbelanjaan yang ditanggungnya begitu besar.
Anggota EXCO Kerajaan Negeri, Datuk Sahaarani Mohamed yang juga Pengerusi YBU mengalu-alukan cadangan Saya itu kerana katanya bagi tujuan membina dan membaik pulih bantuan rumah sahaja, setakat ini mereka telah membelanja lebih RM 4 juta ringgit.
Selian itu, YBU yang baru sahaja ditubuhkan hasl ilham Meneri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir turut memberi bantuan kepada Pertubuhan bukan Kerajaan (NGO), Ibu Tunggal dan Mikro Kredit.
Bantuan keapda Program menggalakan penyertaan Belia dalam meningkatkan gaya hidup juga turut disediakan.
Orang-Orang kurang Upaya (OKU) juga turut dibantu dalam program yang dirancangkan selain program bagi petunjuk kepada usaha membasmi kemiskinan.
Saya telah mengemukan soalan untuk mengetahui berapa banyakah wang yang telah dibejanjakan oleh YBU setakat ini.
Sebelum itu, Saya turut menyampaikan Ucapan Takziah kepada Datuk Kpt. (B) Najmuddin Haji Elias (BN-Batu Kurau) kerana bondanya telah pulang ke rahmatullah dengan iringan doa semoga rohnya sentiasa disisi orang-orang yang soleh.
Menteri Besar juga turut merakamkan ucapan takziah dan mengajak anggota Dewan menyedekahkan fatiah untuk Allahyarham.
Dewan yang melanjutkan perbahasan titah Ucapan DYMM Pemangku Raja Perak seperti biasa tidak sunyi dari kekecohan yang sering dicetuskan oleh Pihak Pembangkang.
Pertikaman lidah diantara Pembangkang dan Pihak Kerajaan tercetus berikutan penolakan usul menangguhkan Dewan yang dibawa oleh Pembangkang untuk membincangkan isu mengenai demonstrasi kelmarin.
Dewan bersambung semula besok dengan Menteri Besar akan mengguluing perbahasan anggota Dewan yang mengambil bahagian dalam titah Ucapan DYMM Pemangku Raja.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
YMDS,
Bantuan untuk YBU boleh juga diperolehi dari badan korporat yang mempunyai sektor/jabatan CSRnya.
Kita lihat isteri YAB PM kita telah mula mendapatkan bantuan mereka untuk membantu sebahagian drp. keperluan YBU. Kalau kita harapkan semuanya kerajaan yang membantu mungkin perkara ini kurang berjaya atau pun mencapai sasarannya.
Sekian untuk makluman YMDS.
YMDS,
Saya lihat TH Plantation anak syarikat tabung Haji memberi zakat hampir satu suku juta. YMDS pernah jadi pengarahnya cubalah jumpa kawan2 YMDS di sana untuk membantu YBU.
Orang kuat kita seperti Dato' Nordin Md. Nor juga ada di TH Plantation.
Sekian untuk makluman YMDS.
YMDS,
Kalau kita selalu memuatkan berita pergaduhan dalam dewan lama2 kita pun bergaduh.
Akhirnya blog YMDS sentiasa menceritakan tentang pergaduhan.
Kalau kita sentiasa beragaduh kita tidak lagi dapat menambah ahli UMNO kerana orang takut hendak masuk UMNO- macam parti suka gaduh.
Kita tidak mahu ahli UMNO masuk dalam golongan temper tentrum (kumpulan panas baghan) seperti sesetengah parti lain.
Asal orang jangan ketuk kepala kita sudahlah kalau nak jadi orang politik yang baik.
Kalau hendak berbahas mesti ada fakta atau data jangan macam penjual ubat panau yang ada panau ditengkoknya.
Sekian untuk makluman YMDS.
Post a Comment