Template by:
Free Blog Templates

17 April 2011

Tanah terbiar











Melawat sekumpulan penduduk mengusahakan tanah terbiar dengan pelbagai tanaman di Kampung Batu 20.

Saya amat tertarik dengan usaha sedemikian kerana ia bukan sahaja mendatangkan pendapatan tetapi juga menggalakan pemililk tanah untuk mengusahakan tanah mereka daripada terbiar begitu sahaja.

Saya juga memuji usaha mereka yang diketuai oleh Zainal Haji Kassim kerana walaupun tanah tersebut terdedah keapada ancaman haiwan liar, tetapi ia tidak langsung melemahkan semangat mereka.

Ia juga selaras dengan kempebn bumi hijau Kerajaan yang mahu melihat rakyat berdikari dan tidak bergantung semata-mata kepada barangan impot.

Kebetulan usaha penduduk berkenaan adalah atas galakan Pertunuhan Peladang Kaasan (PPK) Batu Kurau yang Saya Pengerusikan.

Mereka telah mendapat bantuan injen daripada PPK secara pinjaman dan dalam lawatan tersebut mereka memohon untuk mendapat dua buah lagi injen pam air bagi melaksanakana projek tanaman tersebut.

Pada masa ini, sebahagiana tanah berkenaan seluas kira-kira 10 ekar telah diusahakan dengan tanaman Jagung yang mendapat paaaran menggalakan.

Turut hadir dalam lalwatan tersebut ialah Ketua Kampung Batu 20, Haji Mohd Isa Harun dan beberapa orang JKKK.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Tanah paya yang terbiar ialah disebabkan saliran air (anak sungai/alornya) tidak dibersihkan/didalamkan.

Kalau tanah tersebut dikeringkan mungkin YMDS melihat sebahagian tanah akan dimajukan lebih cepat/awal daripada tanah yang telah YMDS lawati.

Sekian untuk makluman YMDS. YMDS masih bergerak berdasarkan reaktif tanpa melihat tanah paya yang terbiar. YMDS masih menunggu memorondum/rungutan masyarakat. Kalau kita tunggu desakan rakyat kita namapak macam 'berkelahi'. sahaja.

YMDS perlulah reaktif tanpa mengampu orang yang mengampu YMDS.

Sekian