7 April 2011
Mesyuarat Tindakan DUN Kubu Gajah
Saya terkejut bila diberitahu terdapat seorang penduduk dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah, menerima dua bentuk bantuan rumah yang sama dari sebuah Agensi Kerajaan dibawah program E-Kasih.
Penduduk berkenaan pada peringkat awal menerima bantuan untuk memperbaiki rumahnya, tetapi kemudian menerima satu lagi bantuan membina rumah baru.
Perkara itu timbul apbila isu mengenai bantuan rumah mesra rakyat dibincangkan dalam Mesyuarat Tindakan DUN Kubu Gajah di Pejabat Pengulu Mukim, Ijok, pagi tadi.
Selepas diberitau mengenai perkara tersebut, Saya yang mempengerusi mesyuarat itu telah meminta laporan penuh dari wakil agensi berkeaan.
Justeru, keputusan diambil agar di masa depan, mana-mana pihak yang ingin melaksanakan sebarang projek haruslah dimaklumkan atau dirujuk kepada Ketua-Ketua Kampung berkenaan bagi menggelakan kes seumpa itu berlaku.
Ketua-Ketua Kampung adalah tempat rujukan yang penting oleh mana-mana pihak yang ingin menyalaurkan bantuan atau melaksanakan sebarang projek Kerajaan.
Saya berkata tiada sebab mana-mana Kampung menolak bantuan untuk projek rumah mesra rakyat, cuma yang diharapkan ialah agar Ketua-Ketua Kampung dirujuk terlebih dahulu mengenai projek tersebut sebelum dilaksanakan.
Kekurangan pelajar di Sekolah Model Redang Panjang juga turut dibangkitkan bagi mendapatkan kerjasama Ketua-Ketua Kampung.
Isu mengenai masalah Pelajaran, sungai, perparitan, kerosakan jalan, dadah, kebajikan dan pertanian turut menjadi perbincangan di mesyuarat tersebut yang turut dihadiri oleh Penghulu Mukim Ijok dan Selama.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
YMDS.
Mungkin juga YMDS terkejut melihat bapa ada tanah bini dapat tanah, ayah jual tanah anak dapat tanah dan seterusnya mendapat bantuan atas nama ahli keluarga yang tidak ada tanah.
Dan seterusnya mereka yang tidak mahu pindah ke kampung tersusun mendapat tapak tanah kampung tersusun.
Mungkin juga jika kita tanya dalam dewan rakyat mereka yang benyak membeli saham Bank Rakyat ialah mereka yang sudah lumayan pendapatan mereka samapai saya nak beli pun belum dapat2 hingga hari ini.
Sekian.
YMDS,
Dalam dunia business ada mengatakan 'walking wondering around' dan 'head-hunting'
Kalau YMDS pernah mengambil kursus ekonomi (seperti yang tercatat dalam biografi YMDS) munkin pernah terdengar perkataan ini di kuliah yang dihadiri.
"Wondering Around" bukan bermakna turun padang macam YMDS lakukan sekarang.
Saya jalan2 'walking around' sudah nampak dua rumah 'mesra rakyat' tidak diduduki. Maknanya program kerajaan sudah tersasar. Dan ada juga tauke kedai yang pendapatan beliau lebih dari saya mendapat rumah mesra rakyat. Munkin yang ada lebih 10 ekar kelapa sawit pun dapat rumah mesra rakyat.
'Head hauntung' ialah memberi pekerjaan kepada orang yang miskin walaupun mereka ada minimum qualification. Sebab itu wakil rakyat dijadikan pengarah beberapa syarikat.
Bayangakan (refleksi) seamasa YMDS jadi pemberita di Ipoh dahulu. Sudah tentu kelulusan YMDS tidak serupa dengan kelulusan yang diperolehi pelajar sekarang tapi dapat jadi pemberita.
Begitu juga dengan saya hanya dua prinsipal satu subsid (zaman dulu) dapat masuk universiti (BERHENTI KERANA TIDAK DAPAT PINJAMAN). Kalau sekarang mampus tak dapat.
Minta kerajaan bina sekolah asrama penuh di Kawasan ADUN Kubu Gajah dan masukkan semua 2A orang miskin di situ supaya anak mereka tidak lagi mengganggu kerajaan (Inilah yang saya katakan SUBSTANCE).
BANYAK BANTUAN YMDS MASIH DALAM PERINGKAT "FORM" TAPI TIDAK ADA "SUBSTANCE".
Progarm yang dijalankan cantik tapi tidak dapat mengubah corak hidup rakyat dalam masa jangka panjang seperti kita menolong ibu bapa kita yang uzur/OKU.
Berikan beras, gula, minyak duit raya masih dalam bentuk FORM (Kulit, tahun depan mereka minta lagi, tak habis2) Tapi kalau beri pekerjaan di syarikat di mana YMDS jadi pengarahnya YMDS sudah menghayati apa yang saya katakan SUBSTANCE (isi dan 'ever green').
Saya juga 'wondering around' nampak selalu ular melintas dekat rumah YMDS tapi tiang eletrik dibina di Mantan Ketua Kampung Kamruddin, dekat Lembah Keluang dan dekat rumah di tanah Allah Yarhamu Pak Aji Dolah iaitu tempat yang tidak pernah ada ular melintas dan pencuri cable dan kelapa sawit pun tiada.
Masalah ini tidak akan timbul jika
Saya berharap media baru dan Perak To-day meletakkan gambar2 mereka yang dapat kurnia kerajaan untuk bantahan disebabkan tidak mengikut kriteria.
Buat sesuatu dengan tanah kampung tersusun untuk membangunkan Kubu Gajah dan Redang Panjang.
Buat macam Brunei, tarik balik tanah kurnia yang tidak beruamah di kampung tersusun.
Dahulu masa bola lawan Brunei saya lihat selalu YMDS pergi Brunei. Cuba pergi lihat projek tapak rumah kurnia/rakyat jati. Semuanya ada rumah. Yang tiada rumah Sultan murka dan tarik balik tanah tersebut.
Saya bukan cemburu terhadap mereka yang dapat tanah tapi saya mahu pembangunan Kubu Gajah, Redang Panjang dan di semua tempat kampung tersusun termasuklah Batu Gajah tempat (kampung tersusun) exco kanan pelancugan, pelaburan kita.
Kalau YMDS hairan kenapa ada bantuan bertindih dan station keretaapi tiada di Pondok Tanjung munkin ada orang kita nampak kelemahan YMDS. Sebab itu saya cadangankan wakil rakyat yang bermastitin di kawasan ADUN Kubu Gajah menjadi calon masa hadapan supaya mereka betul2 tahu siapa miskin dan siapa kaya. Kalau tidak sudah tentu kemiskinan tidak dapat diatasi kerana orang YMDS tanya tidak kenal siapa yang miskin? RABUN AYAM
Saya berkata demikian kerana ramai katakan saya orang kaya tapi kalau YMDS lihat tanah saya ada 4 lot tapi ekarnya lebih kurang seekar tiap2 satu. Jadi adakah saya boleh dimasukkan dalam kumpulan kaya kerana banyak tanah (empat)? Saya terperangkap dalam berita angin. Komputer pun komputer pinjam.
Post a Comment