Template by:
Free Blog Templates

6 April 2011

Ketua Kampung





Jawankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) harus sepakat dan tidak boleh berbalah dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka.

JKKK harus proaktif merancang pembangunan kampung masing-masing dan tidak hanya menunggu projej tiba di tempat mereka.

Saya berkata demikian selaku Ketua UMNO Bahagian dalam satu perjumpaan tertup dengan semua lebih 50 Ketua Kampung yang juga Pengerusi JKKK di Parlimen Larut yang diadakan di Pejabat Penghulu Ijok.

Saya turut mendengar aduan Ketua-Ketua Kampung mengenai perlaksanaan projek Kerajaan yang membelakangkan mereka termasuk mengenai kes permohonan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Pada perjumpaan ituj juga Ketua Kampung FELDA, Ijok, Haji Shukur Haji Jaman dipilih sebagai Pengerusi Persatuan Ketua-Kamung Kampung Parlimen Larut manakala Timbalan-Tibalkannya ialah Haji Tjuddin Ibrahim dari Kampung Batu 15, Batu Kurau dan Jamauddin Mat dari Kampung Gua Petai.

Sehubunga dengan itu, Saya telah meminta semua JKKK menyediakan senarai penduduk miskin tergar ditempat mereka yang masih lagi belum disenaraikan dalam E-Kasih.

Mereka harus mulai sekarang mempunyai pengkalan data menegnai masalah penduduk di bawah jagaan mereka termasuk Ibu Tunggal.

Masalah perlaksanaan kemudahan Wifi dan peruntukan RM3,000 di setiap JKKK juga turut dibincangkan di perjumpaan yang turut dihadiri oleh Penguhulu Mukim Ijok, Mohd Fauzi Ghazali dan Pnghulu Mukim Selama.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Semankin bertambahnya wifi semankin ramai berita2 yang tidak menyokong kerajaan dimasukkan ke dalam internet.

Perkara ini yang tidak menyenangkan saya.

Bila kita hendak pilih mereka ini menjadi ketua kampung mereka tidak mahu memberikan nama mereka. Tapi komen mereka agak pedas.

Saya memohon ketua kampung hendaklah memberi maklumat tentang kemajuan kampung mereka. Jika ada yang menghentem pihak tertentu ketua kampung hendaklah menjelaskan/menyelesaikannya supaya mereka tidak memandang negatif/serong terhadap kerajaan.

Ketua kampung sudah pun mendapat komputer. Diharap mereka tidak membuat komputer ini menjadi barang muzium.

Isu yang paling penting sekali yang hendak dimuatkan ke dalam internet Ketua Kampung, ialah senarai mereka yang mendapat anugrah/kurnia kerajaan seperti tanah, tapak rumah kampung tersusun dll. untuk menerima bantahan.

Kalau boleh kita lambatkan mereka mendapat geran tanah. Kalau tidak mereka habis jual tanah mereka kepada orang kaya. Dengan yang demikian yang miskin kekal menjadi miskin. Itulah yang saya selalu lihat di kawasan Selama.

Bila mereka dapat geran mereka jual tanah tersebut dan seterusnya minta lagi dari kerajaan atas nama anak atau bini.

Kalau YMDS lihat nanti tanah tapak rumah kampung tersusun Simpang Pulai mungkin jadi demikian. Lihat sahaja Sungai Pari dan yang berdekatan.

Dua/tiga tahun pun mereka tak bina rumah di Simpang Pulai kecuali rumah mereka dirobohkan dalam masa tertentu.

Sekian untuk makluman YMDS.


Terima kasih.