Template by:
Free Blog Templates

17 September 2013

Kenduri




Ketua UMNO bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar menghadiri majlis kenduri kahwin adik perempuan ketua pemuda UMNO cawangan Tebing Tinggi.

 





Robiah Binti Awang melangsungkan perkahwinannya dengan Mohd Hafiz Bin Saad.

Selamat pengantin baru semoga kekal hingga ke akhir hayat.




16 September 2013

Berkelah





















Ketua UMNO bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar hari ini meluangkan masa menghadiri majis anjuran jawatankuasa Bistari penerangan dan penduduk-penduduk sungai Seputeh, Selama hari ini.

15 September 2013

UMNO

UMNO perlu kuat dan tidak boleh berpecah belah bagi menghadapi pilihanraya umum (PRU) ke 14.

Ketua UMNO bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar menegas senario politik menjelang PRU yang akan datang berbeza dengan pru ke 13.

Beliau menambah tidak salah jika soal mufakat dan perpaduan diutamakan menjelang pemilihan UMNO samada di peringkat bahagian mahupun majlis tertinggi (M).

Beliau berkata beliau bersyukur UMNO dan Barisan Nasinal (BN) Larut berjaya menang cemerlang mempertahankan kesemua empat kerusi yang dipertandingkan dengan majoriti yang bertambah pada PRU ke 13.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan mesyuarat agung perwakilan UMNO cawangan Tebing Tinggi, petang tadi.
























Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin dipilh semula tanpa bertanding sebagai ketua di mesyuarat tersebut.

Persara guru, Haji Wahid Nordin dipilih semula sebagai timbalan ketua dan 15 jawatankuasa yang lain.

13 September 2013

Peladang


Pengerusi pertubuhan peladang kawasan (PPK) Batu Kurau, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berharap kekosongan jawatan pengurus besar PPK dapat diisi dengan segera dan menjalankan tugas dengan baik.



Beliau mengucapkan selamat bersara kepada bekas pengurus besar, Haji Sabri Zainol yang telah menjalankan tanggungjawab dengan didikasi.
 
Beliau berkata demkian ketika berucap di majlis jamuan hari raya aidilfitri dan persaraan Haji Zabri di Batu Kurau.

Katanya, Haji Sabri menjadi pengurus contoh dan mendoakan kesejahteraan beliau dan keluarga serta mengucapkan selamat berjaya dalam dunia baru beliau.






























Beliau menambah PPK Batu Kurau berhasrat memperluaskan perniagaannya.

Namun, PPK masih mengenalpasti bidang yang sesuai untuk diterokai.

Mengenai kenaikan harga minyak, beliau berharap rakyat  tidak panik dengan propaganda mereka yang tidak bertanggungjawab.