Template by:
Free Blog Templates

4 September 2013

Merdeka raya

Rakyat tanpa mengira kaum harus bersyukur dengan kemerdekaan yang dicapai dan tidak meragui sejarah perjuangannya.

Perkara ini ditegaskan ketua UMNO bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar ketika berucap di majlis rumah terbuka hariraya aidilfitri UMNO bahagian dan ulangtahun kemerdekaan ke 56 di perkarangan pejabat bahagian, sabtu lalu.

Katanya, erti kemerdekaan amat besar dan rakyat jangan mempersia-siakan hari ulangtahun sambutan tersebut.

Beliau menyeru agar diperkuatkan perpaduan kaum kerana ia adalah kunci ketahanan nasional.

Mengenai UMNO, beliau mengingatkan ahli-ahli parti mengutamakan perpaduan menjelang pemilihan parti samada di peringkat cawangan, bahagian mahupun pusat.

Beliau berpuashati dengan perjalanan  mesyuarat agung 97 buah cawangan dalam bahagian Larut.



































Timbalan ketua, Datuk Mohd Daud Yusop, naib ketua, Fauzi Kasim, ketua pemuda, Anuar Arifin, ketua wanita, Hajah Sawipah Yahya, ketua puteri bahagian, Azariah Bidin dan mantan ketua bahagian, Mohd Kassim Mahmud turut hadir.

Lebih 5,000 orang hadir di majlis tersebut yang turur dimeriahkan dengan persembahan kumpulan Candini dari Sik, Kedah.

0 comments: