Template by:
Free Blog Templates

7 August 2013

UMNO

Ahli-ahli UMNO diseru menggelakkan perpecahan menjelang pemilihan parti samada diperingkat, cawangan, bahagian mahupun pusat.









Ketua UMNO bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berkata walaupun pilihanraya umum (PRU) ke 13 telah selesai dan barisan nasional (BN) mencapai kejayaan, tetapi ia tidak bermakna soal perpaduan tidak perlu diutama dan dikekalkan pada musim pemilihan parti.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis perjumpaan dan berbuka puasa UMNO bahagian di Selama petang semalam.

Beliau mengulangi hasrat perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak agar jawatan ketua UMNO bahagian Larut tidak dipertandingkan.

Ini bermakna Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin kekal sebagai ketua bahagian Larut.

Datuk Seri Najib yang juga presiden berkata demikian ketika berucap di hadapan lebih 15,000 ketika berkempen di Sungai Bayor dekat Selama.

Katanya tiada pertandingan dalam perebutan jawatan pada pemilihan parti tidak bermakna ia menafikan suara demokrasi.

Permuafakatan itu juga merupakan proses terbaik untuk tujuan perpaduan.
















Beliau menasihatkan kesemua 97 cawangan dalam bahagian Larut mengadakan mesyuarat agung mereka sepertimana yang diarahkan.

Selain memberi sumbangan hariraya, taklimat ringkas mengenai pemilihan juga turut diadakan.

0 comments: