Template by:
Free Blog Templates

20 November 2011

Kenduri Kahwin










Majlis kenduri kahwin dimusim cuti persekolahn ini semakin bermula termasuk di kawasan Parlimen Larut yang membabitkan anak-anak peimpin UMNO peringkat cawangan.

Hari ini, Saya sempat menghadiri majlis kenduri kahwin anak lelaki Ketua UMNO Cawangan Pondok Tanjung, Zulkifli Shukur di Kampung Sungai Lerong, delat Taman Lela, Kamunting.

Mohd fikril naim bin zulkifli melangsungkan perkahwinannnya dengan pasangannya, Farhana Dhamira binti Johari.

Di Pondok Quinn berlangsung manjlis kenduri kahwin adik lelalki Ketua Pemudam UMNO Cawangan Pondok Quin, Azmi bin Yusof, yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Larut.

Muhammad Rosli bin Yusof memilih pasangannnya Nurul Hafizah binti Zainuddin. Saya juga menghadairi majlis kenduri kahwin anak lelaki, Raja Ahmad Shah bin Raja Abdul Rahman di Kampung Jambu dan anak perempuan Megat Jamil Yahya Shahir di Aulong, Taiping.

18 November 2011

UPSR-kecermelangan 2











Masyarakat harus berubak dan bersikap positif serta tidak hanya semata-mata menunding jari diatas kegagalan Pelajaran anak-anak mereka.

Tanggungjawab Kerajaan dan Kementerian Pelajaran ialah menyediakan kemudahan, seperti bangunan Sekolah, tetapi untuk menentukan kejayaan ia juga memerlukan sokongan semiua pihak terutamanya ibubapa.

Pelajar-Pelajar luarbandar juga boleh mencapai kejayaan cemerlangan malah mampu mengatsi rakan-rakan mereka yang belajar di bandar, jika mereka sentiasa berpegang kepada Mahu Seribu daya.

Saya berkata demikian ketika meresmikan majlis penyampaian sumbangan kepada enam Pelajar Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah yang memperolehi 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini.

Saya juga mengucapkan tahniah keapda pelajar-pelajar berkenaan iaitu Abdullah Adiq Mukhris bin Abu Samah, Mohd Haizeeq bin Zulkarnai, Siti Nur Fatonah bin Mohamad, Mohd Farhan Fikri bin Anuar, Nor Zahrin bin Majid dan Labiq bin Mohd Saidi.

Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi bukan sahaja muncul sebagai Sekolah terbaik dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah yang lulus 100 peratus UPSR, tetapi di peringkat Daerah Larut, Matang dan Selamat.

Bahkan, Sekolah tersebut juga berada di ranking ke 14 daripoada 800 buah Sekolah seluruh Perak yang mencapai kelulusan 100 peratus.

Seramai enam daripada 28 murid Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi yang menduduki UPSR tahun ini memperolehi 5A

Saya berharap kejayan cemerlang Sekolah tersebut akan menjadi conroh kepaeda murid-murid lain untuk bangkit dan membuktikan merka juga boleh dan mampu berbuat demikian.

Bagi mereka yang berjaya dinasihatkan agar mereka jangan mendabik, sebaliknya bersyukur dan bagi mereka yang prestasinya kurang cemerlang atau gagal, jangan berputus asa, tetapi terus mencuba hingga berjaya.

Saya juga juga menyampaikan Ucapan Tahniah kepada Guru Besar, Zaharani Othman diatas kejayaan tersebut

Sumbangan Sekolah












Ibubapa harus memberi kerjasama untuk mengatasi masalah pelajar ponteng dengan mengambil berat kegiatan mereka.

Masalah ponteng inilah didapati sebagai antara faktor kegagalan pelajar dan soal ini tidak harus dipandang ringan.

Ibubapa tidak boleh menyerahkan masalah untuk mengetahui hal ehwal anak-anak mereka hanya keapda pengursuan Sekolah, sedangkan merekalah yang lebih berhak.

Saya berkata demikian di majlis penyampaian sumbangan RM 100 Kerajaan kepada pelajar-Pelajar Sekolah Kebangsaan Wan Jaafar Kampung Mesjid, Ijok, petang tadi.

Turut hadir Guru Besar Sekolah, Abdul Halim Malek dan Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG), Aziz Jame.

PIBG adalah sebaik tempat untuk mereka berbincang segala masalah yang timbul, tetapi malangnya, ada ibubapa yang langsung tidak mengambil kesah untuk hadir dalammesyuarat. menjadi masalah.

Justeru, Ibubapa harus melihat PIBH ini penting bagi mencar jalan penyelesaian murid di Sekolah.

Saya juga menggesa PIBG agar lebih aktif menjalankan aktiitivi mereka dan janganlah bagaikan Hidup Segan atau Hangat-Hangat Tahi Ayam.

Sumbangan Kerajaan












Sekolah-Sekolah yang mencapai keputusan cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) harus menjadi contoh kepada Sekolah-Sekolah yang gagal.

Bagi mereka yang berjaya bukan mudah untuk mempertahankan kecemerlangan tersebut, tetapi bagi yang agal tidak bermakna mereka tidak boleh memperbaiki kelemahan.

Tidak kekecewaan kerana perpatah ada mengatakan mahu seribu daya, tidak mahu seribu dalih, justeru mereka yang gagal harus segera mengadakan perbincangan bagi mencari pendekatan terbaik untuk meningkatkan kecemerlangan.

Saya berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penyampaian sumbangan RM 100 Kerajaan kepada murid-murid Sekolah Kebangsaan Sultan Idris FELDA, Ijok, pagi tadi.

Turut hadir ialah Guru Besar Sekolah Kebangsaan FELDA Ijok, Osman Yahya dan Ketua Kampung, Haji Shukur Haji Jaman.

Guru dan Ibubapa tidak harus patah semangat dengan kegagalan pelajar dan anak-anak mereka, sebaliknya mereka harus bersama mencari jalan untuk meningkatkan lagi prestasi sekolah.

diantara faktor kegagalan tersebut adalah disebabkan kurangnya kerjasama diantara Ibubapa dengan pengurusan sekolah.

Lebih 200 orang pelajar menerima sumbangan RM 100 tersebut bagi keperluan mereka menjelang persekolahan baru tahun 2012.

17 November 2011

Kecemerlangan UPSR











Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi muncul sebagai Sekolah terbaik dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan hari ini.

Seramai enam daripada 28 murid Sekolah tersebut yang menduduki UPSR tahun ini memperolehi 5A

Bahkan, Sekolah tersebut juga muncul di ranking ke 14 diantara 800 buah Sekolah seluruh Perak yang mencapai kelulusan 100 peratus.

Saya sempat singgah ke Sekolah tersebut tengahari tadi untuk menyampaikan Ucapan Tahniah kepada Guru Besar, Zaharani Othman diatas kejayaan tersebut

Saya juga mengucapkan tahniah keapda pelajar-pelajar berkenaan termasuk anak lelaki Ketua UMNO Cawangan Kubu Gajah, Abu Samah Aliddin., Abdullah Adiq Mukhris.

Murid-murid lain yang turut memperolehi 5A ialah Mohd Haizeeq bin Zulkarnai, Siti Nur Fatonah bin Mohamad, Mohd Farhan Fikri bin Anuar, Nor Zahrin bin Majid dan Labiq bin Mohd Saidi.