Template by:
Free Blog Templates

5 November 2011

Sumbangan Raya






Hariraya AidilAdha juga penitng dan harus dijadikan sebagai sambutan bagi memupuk perpaduan Ummah.

Lihat bagaimana masyarakat seluruh dunia berkumpul mengejarkan ibadah Haji di Tanah Suci Mekah setiap tahun.

Jelas sekali betapa Islam menjadi kemegahan masyarakat Dunia kerana ia mampu memupuk semangat perpaduan dan persaudaraan.

Umat Islam akan rugi jika mereka berpecah dan akibat daripada perpecahan itu akan ada mereka yang mengambil kesempatan untuk memecah belahkan lagi kekuatan Islam.

Krisis yang melandan beberapa Negara Islam menjadi petunjuk betapa malapetaka yang akan menimpa mereka jika mereka tidak bersatu.

Saya berkata demikian ketika berucap di majlis penyampaian sumbangan sempena Hariraya AidilAdha peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah di Dewan terbuka Kampung Mesjid, Ijok petang tadi.

Umat Islam beruntung kerana mampu mejadi model Negara perpaduan ummah di tengah-tengah masyarakat berbilang bangsa, begitu jugalah di Malaysia.

Kerana kekuatan perpaduan ini jugalah Islam menjadi teras kepada perpaduan dunia, tetapi agak malang kerana umat islam itu sendiri berebut-rbut hanya kerana kepentingan politik diri sendiri.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Perpecahan orang Islam ialah disebabkan individu atau sesuatu golongan itu menganggap ia atau merekalah yang lebih baik daripada yang lain.

Orang Arab misalanya menganggap mereka lebih mulia dan pandai daripada orang Jawi. Orang Indonesia menganggap mereka lebih gagah daripada orang Malaysia.
Orang PAS menganggap mereka lebih baik jadi pemimpin daripada orang UMNO dan begitulah seterusnya. (Berdasarkan teori konflik dalam antropologi)

Saya cadangagkan kepandaian,kegagahan, kebaikan dsbnya hendaklah ditulis dan CV ringkas semasa hendak mengundi ketua cawangan, bahagian dan seterusnya ADUN/ahli Parlimen dll
supaya pengundi tahu asal usul calon.

Untuk menang kali ini kita mesti pilih ahli yang luar biasa dikawasan merbahaya tapi bagi tempat yang selesa 'tunggul kayu' pun boleh kita calonkan di situ.

Saya syorkan UMNO bahagian hendaklah mengadakan data base bagi ahli-ahli di bahagian yang tidak selesa supaya kita dapat memilih calon yang betul2 boleh menang.

Kalau kita hendak mengekalkan orang lama kita mesti tukarkan YMDS ke Pulau Pangkor dan yang di Pulau Pangkor ke Kubu Gajah dan begitulah juga kepada yang lain2

Kalau kita tidak buat begini munkin kita akan kalah dibanyak kawasan terutama sekali jika DAP memiih pemimpin Cina yang berapi2 pandai bercakap dalam Bahasa Melayu dan mementingkan equality tapi tidak ekuiti. Jika mereka letakkan Melayu beliau sememangnya highly qualified. Nasib baik mereka tak dapat Melayu al-hafiz atau bersekolah pondok atau pun mualap?

Sekian untuk perhatian YMDS.