Template by:
Free Blog Templates

17 November 2011

Ibubapa






Masyarakat luarbandar akan maju dan beraya jika mereka terus bersatu merebut peluang yang disediakan oleh Kerajaan daripada menghabiskan waktu membaitkan dalam aktiviti yang tidak berfaedah.

Tetapi, yang menjadi pertanyaan ialah kenapa jika ada masyarakat yang mampu menghabiskan masa mendengar ceramah menabur fitnah, tetapi enggan berbuat demikian bila ada majlis-majlils di Sekolah.

Padahal pembabitan mereka di Sekolah amat penting bagi memberi semangat dan galakan kepada para murid untuk mengejar kemajuan.

Saya berkata demikian ketika berucap di majlis Hari Anugerah Sekoleh Kebangsaan Sungai Dendang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah, pagi tadi.

Ramai Ibubapa dan Guru yang hadir termasuk Ketua Kampung Sungai Dendang, Ismail Don dan Yang Dipertuan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG).

Ramai pelajar gagal adalaha kerana kelalaian Ibubapa dalam memberikan tumpuan sepenuhnya kepada aktiviti anak-anak mereka.

Sekolah adalah gedung untuk menimba ilmu dan peluang itu harus direbut jika mereka ingin menjadi manusia yang dihormati.

0 comments: