Template by:
Free Blog Templates

16 November 2011

Anugerah









Ibubapa jangan menganggap Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) ditubuhkan hanya untuk suka-suka, sebalikya ia harus dilihat sebagai amat penting untuk membantu memberi galakan kepada kemajuan pelajar.

PIBG ditubuhkan untuk melibatkan ibubapa dan guru serta pengurusan sekolah kearah menanam semangat bekerjasama bagi meningkatkan lagi prestasi pelajar.

Bila berlaku kegagalan, ada segelintir ibubapa yang menunding jari kepada pengurusan sekolah sebagai punca kegagalan, sedangkan mereka melepaskan tanggungjawab begitu sahaja.

Saya berkata demikian ketika berucap meresmikan Hari Anugerah dan penyampaian sumbangan Sekolah Kebangsaan Sultan Idris Shah, Felda, Ijok pagi tadi.

Semengat saling mengambil berat mengenai aktiviti anak-anak juga harus dipupuk agar pelajar itu dapat merasakan betapa ibubapa dan keluarga sentiasa memberikan perhatian terhadap pelajaran mereka.

Turut hadir ialah Guru Besar Sekolah Kebangsaan Felda, Ijok, Osman Yahya, Pengurus Felda dan Ketua Kampung, Haji Shukur Haji Jaman.

Saya juga menyeru agar pengurusan Sekolah dan PIBG memupuk budaya bergotong royong dalam menjalan projek-projek dan akviti sekolah bagi mengeratkan lagi silaturahim yang sedia terjalin.

Dengan sikap sedemikian ia dapat menjimatkan lagi kos perbelanjaan sesuatu projek yang dirancangkan.

0 comments: