Template by:
Free Blog Templates

5 November 2011

Jamuan Raya



Menghadiri majlis jamuan sempena Hariaya Aidiladha di rumah Ketua Unit Peladang Kampung Becah, Batu Kurau, Tajuddin Ibrahim.

Saya dan rombongan turut dihidangkan dengan buah durian, selain lemang oleh tuan rumah selepas majlis penyerahan lembut korban.

Turut hadir ialah Perngurus Besar Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Batu Kurau, Haji Sabri Zainol dan beberapa orang Ketua Kampung dan pemimpin poliitik.

Setiap tahun, PPK Batu Kurau akan menyerahkan lembu korban sempena sambutan Hariraya Aidiladha.

3 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Ada lebih baik khutbah Jumaat distambah sedikit tentang lembu yang merosakkan tanaman masyarakat setempat tidak boleh diterima untuk dijadikan haiwan korban.

Syarahan YMDS bolehlah juga dimasukkan tentang perkara ini kerana habis tanaman anak getah, anak kelapa sawit, pisang, nenas dan anak nangka madu saya dimakan lembu dan kambing.

RISDA mengatakan saya malas menjaga anak getah saya (mereka nampaknya menyokong penternak). Jabatan Pertanian pula tidak mahu menolong saya untuk menanam limau nipis supaya tidak dimakan lembu. Mereka katakan tiada prioriti. Saya minta bukan kerana prioriti tapi anaknya ada di Jabatan Pertanian dan Jabatan tersebut memerlukan ruang untuk membanyakkan lagi anak benih. Bila saya balik dari Parit melalui Kuala Kangsar ke Selama saya lihat ada banyak anak limau tidak diedarkan di Jabatan Pertanian.

Kesimpulanya saya lihat bantuan/pembangunan kerajaan tidak sampai kesasaran. Ada dua sasaran selalu tersilap pandang. Yang pertama yang miskin yang kedua yang rajin. Misalnya orang yang rajin (ada pagar) membela lembu tidak mendapat lembu. Yang malas dapat lembu. Akhir2nya mereka jual kepada golongan 'elit' lembu seperti di Bagan Baru.

Begitu juga tentang tanah. Cuba YMDS berikan geran. Mereka jual kepada golongan 'elit' kampung.

Saya syorkan jangan berikan geran tanah di kampung tersusun kecuali mereka sudah membena rumah kekal di situ. Cuba buat banci di kampung tersusun Pondok Tanjung, Kubu Gajah, Redang Panjang dll. Ada yang berjual kepada 3/4 tangan. Kumpulan ini ialah kumpulan spekulasi kampung.

Sekian.

Anonymous said...

YMDS,

Saya melihat kita tidak berapa dinamik dan kreatif. Kemajuan kita hanya menghadiri kenduri dan membaik pulih.

Tidak ada pembaharuan atau inovasi.

Dato' Sham berjanji hendak membina susur keluar Alor Pongsu mulai November 2010.

Sekarang sudah sampai setahun. Yang siap hanya jalan selari dengan lebuh-raya tersebut.

Beliau berjanji menyiapkannya pada tahun 2012.

Kenapa tidak disiapkan sebelum pilihanraya untuk menunaikan janji supaya Kubu Gajah juga membangun.

Sekian.

Anonymous said...

YMDS,

Harga kelapa sawit masih kekal tinggi tapi saya lihat FELCRA Sg. Malau dan yang lain2 di ADUN Kubu Gajah masih ditahap lama.

Boleh juga keuntungan kelapa sawit dapat menyediakan kedai Malaysia 1 di sana supaya ramai orang Selama-Alor Pongsu ke sana. YMDS perlu kreatif, tidak hanya makan kenduri sahaja atau menaik taraf jalan kampung atau masjid sahaja. Cara itu masih tradisional.

Harga kelapa sawit yang diberikan kepada saya ialah harga kelas C. Pembeli masih menilai kualiti kelapa sawit mengikut tandannya tapi bukan buahnya. Tandan besar harga A Tandan kecil harga C walaupun buahnya besar. Ramai pembeli membodoh2kan kita.

Saya jual buah besar daripada yang terdapat dalam tandan besar tapi harganya ialah harga kategori C.

Adakah pembeli melihat buah besar atau mayang besar. Perkara inilah yang patut YMDS perhatikan selain daripada hadir ke jamuan.

Begitu juga harga getah. Sepatutnya tinggi kerana hujan di negara pengeluar getah. Tetapi semankin turun harganya. Nampaknya orang main saham getah (pasar hadapan) yang memainkan harga.

Kesimpulannya ialah kita perlu memilih pemimpin yang dapat mengatasinya tetapi bukan pemimpin yang hanya mengumpul maklumat problem tapi tidak dapat menjawab soalan BAGAIMANA mengatasinya? (HOW?).

Kalau Encik Nazri pun yang dipilih munkin beliau tidak dapat mengatasi perkara ini walaupun beliau lulus dalam bidang pelaburan (saham pasar hadapan).

Mereka mahu pilih orang muda. Tapi jika orang muda mengikut cara lama (bagaimana atok mereka berpolitik)sudah tentu pemimpin kita jadi macam Kamalanathan. Habok pun tak nampak.