Template by:
Free Blog Templates

16 November 2011

Tanah



Satu lagi projek perkampungan Tersusun bagi mengatasi masalah rakyat yang tidak memiliki tapak rumah sedang dirancangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah.

Satu kawasan bagi tujuan itu telahpun dikenalpasti dan akan dimajukan kepada EXCO Kerajaan Negeri untuk kelulusan.

Saya telah mencadangkan projek kampung tersusun itu di mesyuarat Jawatankusa Tanag (JKT) Daerah Kecil Selama yang dipenerusikan oleh Pegawai Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS), Harun Rawi di pejabat Daerah, Selama, pagi tadi.

Pada masa ini, program kampung tersusun yang terdapat di DUN Kubu Gajah ialah di Pekan Kubu Gajah dan Redang Panjang.

Masalah mereka yang miskin dan berpendapatan rendah tidak memilikki tanah di DUN Kubu Gajah masih ramai, dan Saya sendiri sering memberikan perhatian serious.

Pegawai Daerah juga begitu memahami masalah tersebut dan beliau sendiri juga turut memberikan keutamaan dan perhatian serious.

Saya juga pernah membawa masalah tapak rumah ini ke pengetahuan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir untuk tindakan.

0 comments: