Template by:
Free Blog Templates

18 November 2011

Sumbangan Kerajaan












Sekolah-Sekolah yang mencapai keputusan cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) harus menjadi contoh kepada Sekolah-Sekolah yang gagal.

Bagi mereka yang berjaya bukan mudah untuk mempertahankan kecemerlangan tersebut, tetapi bagi yang agal tidak bermakna mereka tidak boleh memperbaiki kelemahan.

Tidak kekecewaan kerana perpatah ada mengatakan mahu seribu daya, tidak mahu seribu dalih, justeru mereka yang gagal harus segera mengadakan perbincangan bagi mencari pendekatan terbaik untuk meningkatkan kecemerlangan.

Saya berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penyampaian sumbangan RM 100 Kerajaan kepada murid-murid Sekolah Kebangsaan Sultan Idris FELDA, Ijok, pagi tadi.

Turut hadir ialah Guru Besar Sekolah Kebangsaan FELDA Ijok, Osman Yahya dan Ketua Kampung, Haji Shukur Haji Jaman.

Guru dan Ibubapa tidak harus patah semangat dengan kegagalan pelajar dan anak-anak mereka, sebaliknya mereka harus bersama mencari jalan untuk meningkatkan lagi prestasi sekolah.

diantara faktor kegagalan tersebut adalah disebabkan kurangnya kerjasama diantara Ibubapa dengan pengurusan sekolah.

Lebih 200 orang pelajar menerima sumbangan RM 100 tersebut bagi keperluan mereka menjelang persekolahan baru tahun 2012.

1 comments:

Anonymous said...

Tahniah datuk seri atas komitmen