Template by:
Free Blog Templates

18 November 2011

UPSR-kecermelangan 2











Masyarakat harus berubak dan bersikap positif serta tidak hanya semata-mata menunding jari diatas kegagalan Pelajaran anak-anak mereka.

Tanggungjawab Kerajaan dan Kementerian Pelajaran ialah menyediakan kemudahan, seperti bangunan Sekolah, tetapi untuk menentukan kejayaan ia juga memerlukan sokongan semiua pihak terutamanya ibubapa.

Pelajar-Pelajar luarbandar juga boleh mencapai kejayaan cemerlangan malah mampu mengatsi rakan-rakan mereka yang belajar di bandar, jika mereka sentiasa berpegang kepada Mahu Seribu daya.

Saya berkata demikian ketika meresmikan majlis penyampaian sumbangan kepada enam Pelajar Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah yang memperolehi 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini.

Saya juga mengucapkan tahniah keapda pelajar-pelajar berkenaan iaitu Abdullah Adiq Mukhris bin Abu Samah, Mohd Haizeeq bin Zulkarnai, Siti Nur Fatonah bin Mohamad, Mohd Farhan Fikri bin Anuar, Nor Zahrin bin Majid dan Labiq bin Mohd Saidi.

Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi bukan sahaja muncul sebagai Sekolah terbaik dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah yang lulus 100 peratus UPSR, tetapi di peringkat Daerah Larut, Matang dan Selamat.

Bahkan, Sekolah tersebut juga berada di ranking ke 14 daripoada 800 buah Sekolah seluruh Perak yang mencapai kelulusan 100 peratus.

Seramai enam daripada 28 murid Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi yang menduduki UPSR tahun ini memperolehi 5A

Saya berharap kejayan cemerlang Sekolah tersebut akan menjadi conroh kepaeda murid-murid lain untuk bangkit dan membuktikan merka juga boleh dan mampu berbuat demikian.

Bagi mereka yang berjaya dinasihatkan agar mereka jangan mendabik, sebaliknya bersyukur dan bagi mereka yang prestasinya kurang cemerlang atau gagal, jangan berputus asa, tetapi terus mencuba hingga berjaya.

Saya juga juga menyampaikan Ucapan Tahniah kepada Guru Besar, Zaharani Othman diatas kejayaan tersebut

0 comments: