Template by:
Free Blog Templates

26 November 2012

Miskin



Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar amat bersimpati dengan nasib lima beradik yatim piatu di Kampung Projek Rakyat Termiskin (PPRT) Kampung Sangkut dekat Ulu Ijok.


Beliau yang melawat Farahana binti Mohamed, 24 tahun, yang tinggal bersama empat adiknya termasuk yang kecil berusis enam tahun, akan meminta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitulmal Daerah membantu segera anak-anak yatim tersebut.

Beliau juga akan menghubunggi Yayasan Bina Upaya agar dapat membaiki ataupun mendirikan sebuah rumah baru bagi lima beradik itu kerana rumah yang ada sekarang begitu uzur.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin ketika tiba ke rumah peninggalan ibuibapa mereka, terdapat takungan air akibat bumbung yang bocor.








 








Keadaan itu amat membimbangkan dari segi kesihatan mereka dan beliau telah mengarahkan Ketua Kampung untuk mencari bangunan sementara bagi keluarga berkenaan tinggal.

Farahana pada masa ini terpaksa menolak tawaran bekerja kerana ingin menumpu dua adiknya yang masih kecil. Beliau pada adik-adiknya adalah ibarat Ibu dan juga Bapa.

Bapa mereka meninggal dunia selepas Hariraya yang lalu manakala ibunya beberapa tahun yang lalu.

25 November 2012

Ketua kampung




Kerajaan Negeri Perak telah diminta membantu mengatasi masalah pengangkutan awam di kawasan Kubu Gajah dan  Batu Kurau yang telah sekian lama perkhidmatan itu terhenti.

Beberapa tahun kebelakangan ini, timbul masalah pengangkutan akibat perbentian syarikat bas diantara Taiping-Batu Kurau, Batu Kurau ke Ijok dan Ijok ke Selama.




Syarikat bas tidak mampu meneruskan perkhidmatan mereka kerana walaupun faham kehendak orang ramai, tetapi tidak menanggung kos kerana rugi.

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis sembang bajet 2013 anjuran Jabatan Penerangan di Kubu Gajah, petang tadi.

Penerangan mengenai bajet kepada Ketua-Ketua Kampung dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dalam Parlimen Larut itu dibuat oleh penceramah bebas, Sharuddin Rashid di Dewan Kampung Tersusun Kubu Gajah.





Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin berkata beliau telah membawa masalah mengenai pengangkutan awam di Kubu Gajah dan Batu Kurau itu ke pengetahuan Kerajaan Negeri dan meminta agar masalah itu diselesaikan dengan segera.

Ia juga menjadi tajuk perbincangan di Mesyuarat Tindakan Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS), tetapi tiada apa-apa keputusan hingga ke hari ini.

Beliau turut mencadangkan agar Ketua-Ketua Kampung mendalami ilmu pengetahun bagi membantu meningkatkan lagi peranan mereka.

Tanggung jawab dan peranan Ketua-Ketua kampung amat penting dan besar sebagai "mata dan telinga" Kerajaan.

Tanah runtuh



Jabatan Kerja Raya (JKR) diminta menyiasat kejadian tanah runtuh yang sering berlaku di jalan raya dekat Bendang Luas di Ijok.

Kejadian tanah runtuh yang berlaku tengah malam semalam telah menyebakan lalulintas di situ tergganggu.
  
Perkara itu dinyatakan Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar ketika meninjau kerja-kerja pembersihan jalan tersebut petang tadi.

Katanya, berdasarkan laporan, tanah runtuh itu berpunca daripada kebocoran sebuah Tangki Air di atas bukit yang berdekatan.

Beliau telah menghubunggi Pengarah JKR Perak, Datuk Dr Safri mengenai kejadian tanah runtuh tersebut yang sudah berulang kali berlaku dan meminta agar sesuatu tindakan segera dilakukan bagi menghadang tebing bukit yang berhampiran jalan tersebut daripada berlaku kejadian tanah runtuh.








 








Megnenai tangki air yang dikatakan menjadi punca kejadian tanah rutuh itu, beliau juga diminta membincangkannya dengan pihak Lembaga Air Perak (LAP).

Penduduk-penduduk di Bendang Luas bimbang jika berlaku hujan lebat, hakisan pasti akan berlaku dan berharap pihak yang berkenaan bertindak mengatasi masalah tersebut kerana itu adalah merupakan perhubungan utama mereka dan juga pengguna jalan raya dari Ijok ke Redang Panjang.

24 November 2012

RELA


Mereka yang menyertai RELA diseru agar janganlah semata-mata mengharap elauan, sebaliknya kerana ingin berbakti kepada negara.

Peranan RELA semakin diiktirar dan sejak akhir-akhir ini, khidmat dan tenaga mereka semakin banyak digunakan untuk keselamata awam dan juga program kebajikan.

Demikian dinyatakan oleh ketua UMNO bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar ketika berucap merasmikan majlis penyampaian pangkat RELA Leftenan bersekutu kepada ketua-ketua kampung di dewan serbaguna Tebing Tinggi, petang tadi.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin yang juga kolonel kehormat RELA menyampaikan pangkat Leftenan bersekutu kepada seramai 58 orang ketua kampung dalam parlimen Larut.

Turut hadir pengarah RELA Perak, Brig-Jeneral, Mohd Khariri Bin Abu Hassan dan pegawai Rela daerah, Major Yaakob Bin Desa.




































Beliau yang juga ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah berharap anggota RELA yang memilikki senjata api agar tidak menyalahgunakannya.

Mereka juga dinasihat agar menyertai RELA bukan kerana semata-mata mengejar pangkat dan ingin menggunakan kuasa yang diberikan sewenang-wenangnya.

Beliau berharap dengan pemberian pangkat kehormat kepada ketua-ketua kampung dapat menarik ramai lagi menyertai RELA, terutama belia kerana ia boleh membentuk displin yang tinggi.