Template by:
Free Blog Templates

10 November 2012

Sukan




Pejabat belia dan sukan daerah kecil Selama diminta mengambil tindakan segera membaik pulih kemudahan-kemudahan sukan (DUN) Kubu Gajah yang terbiar tanpa penyelengaraan.





Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar  kesal terdapat gelanggang futsal yang bagaikan hidup segan mati tak mahu.

Beliau berkata demikian selepas melawat gelanggang futsal di perkarangan dewan orang ramai kampung tersusun Kubu Gajah, petang tadi.

Dalam lawatan itu, beliau dapati pagar habis rosak, gelanggang juga tidak boleh diguna dengan sempurna.

Gelanggang berharga rm 100,000 tanpa kemudahan lampu limpah dan tandas dibina dalam tahun 2006.

Beliau berharap pegawai belia dan sukan daerah kecil Selama, Azini Ismail selalu turun padang bagi melihat sendiri keadaan kemudahan seukan di bawah kelolaan beliau dan mengambil tindakan sewajarnya.







Pada masa ini terdapat gelanggang-gelanggang futsal di Tebing Tinggi, Kubu Gajah, Felda Ijok, Batu 20 dan rancangn tanah belia khas (RTBK) Pondok Tanjung.

Manakala sebuah lagi gelanggang futsal berharga rm 100,000 sedang dalam peringkat pembinaan di kampung mesjid Ijok.

Beliau bimbang tanpa penyelengaraan yang rapi banyak gelanggang futsal yang terbiar.

Sebelum ini, beliau menegur keadaan dewan serbaguna kampung mesjid Ijok yang berada dalam keadaan tidak terurus hinggakan menjadi tempat pembuangan sampah.

0 comments: