Template by:
Free Blog Templates

4 November 2012

Festival silat



Aktiviti memperkenalkan silat dan seni mempertahankan diri wajar digalakkan agar ia tidak pupus dikalangan generasi baru.

Ia merupakan sebahagian daripada budaya dan tradisi nenek moyang dan perlu dijaga sebagai warisan sejarah.


Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berkata demikian ketika berucap di majlis penutup dan penyampaian hadiah festival seni silat anjuran persatuan silat gayung Pattani di padang majlis daerah Redang Panjang, petang tadi.

Beliau percaya melalui demonstrasi pelbagai seni mempertahankan diri ia bukan sahaja mampu memperkenalkan budaya sesebuah kaum, tetapi lebih penting dapat memupuk semangat perpaduan kaum.









Katanya, pembabitan dalam aktiviti seni mempertahankan diri juga mampu memupuk nilai-nilai displin yang tinggi.

Beliau mengingatkan mereka yang memiliki seni mempertahankan diri agar tidak menyalahgunakannya, sebaliknya menggembangkan lagi kepada mereka yang lain yang berminat.










Sebanyak 18 buah persatuan seni silat, tomoi siam dan juga kaum india Redang Panjang mengambil bahagian.

















Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin turut mengumumkan sumbangan kepada persatuan silat gayung Pattani dan sumbangan bersempena sambutan deepavali tidak lama lagi.

0 comments: