Template by:
Free Blog Templates

6 November 2012

Sukan 1M



 Atlit dan ahli sukan di negara ini disaran menyemai semangat tinggi sepertimana atlit dan ahli sukan dari negera-negara kurang maju, tetapi berjaya meraih pingat emas di sukan olimpik di London baru-baru ini.




Jika dibandingkan mereka dengan atlit-atlit negara, kita jauh lebih baik. Kemudahan sukan kita juga diantara yang terbaik, tetapi pretasi kita masih jauh kebelakang.

Atlit negara harus cemburu melihat kejayaan atlit negara kurang seperti raja pecut olimpik, Osain Bolt dan pelari pecut wanita, Shelly Ann Fraser dari Jamaica.

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berkata demikian ketika berucap merasmikan karnival sukan dan permainan 1 murid 1 sukan sekolah kebangsaan Bagan Baharu, Ijok, pagi tadi.

Turut hadir guru besar sekolah Bagan Bahru, Haji Abdul Rahim bin Ramli dan pengerusi jawatankuasa, Abu Samah Alidin.









Atlit dan ahli sukan negara kurang maju dari afrika yang kebanyakkan berjaya kerana mereka mahu keluar dari masalah kemiskinan seperti pemain-pemain bola sepak mereka di liga Inggeris (EPL), Spain dan Itali.

Mengenai program 1 murid 1 sukan, beliau berkata idea timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu untuk memupuk semangat sukan yang tinggi dan mampu menggalas kejayaan.









Sesungguhnya banyak bakat baru yang boleh diketengahkan melalui projek 1 murid 1 sukan.


















Lebih 200 orang murid mengambil bahagian dalam karnival tersebut yang melibatkan acara-acara bola sepak, sepak takraw, bola jaring dan bola tampar.

0 comments: