Template by:
Free Blog Templates

8 November 2012

Lawat sakit



Baitumal diseru agar tidak menolak permohonan warga emas yang daif dan memerlukan bantuan mereka.

Beliau berkata demikian selepas melawat Rapeah binti Talib, 68 tahun di kampung Sangkut di Ulu Ijok.


Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berkata demikian selepas melawat Rapeah binti talib, 68 tahun di kampung sangkut dekat Ulu Ijok, petang tadi.











Rapeah yang tinggal sendirian dan mengidap sejenis penyakit mengadu permohonannya mendapat bantuan baitumal ditolak.

Beliau kemudian melawat seorang lagi warga emas, Alang Rosni binti Mat Asik, 80 tahun di kampung Sangkut.

Alang Rosni yang juga tinggal sendirian bagaimanapun dapat bantuan baitumal tiap-tiap bulan rm 200.

Beliau juga melawat seorang pendudu, Zainuddin bun Ahmad, 55 tahun yang baru menjalani pembedahan dirumahnya di projek rakyat termiskin (PPRT) juga di kampung Sangkut.

Di kampung Jerai, berdekatan kampung mesjid pula beliau melawat seorang warga emas, Raziah binti Mohd Nordin, 61 tahun yang uzur dan tinggal dengan anak bujangnnya.

Mereka juga mengharapkan bantuan saraan daripada jabatan kebajikan masyarakat (JKM) bagi menggurangkan bebanan.

0 comments: