Template by:
Free Blog Templates

2 November 2012

BR1M 2


Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar secara peribadi hari ini mengambil inisiatif sendiri mengedar borang-borang bantuan rakyat 1 Malaysia (BR1M) 2.




Walaupun borang itu boleh dipeolehi secara on-line atau di pejabat-pejabat wakil-wakil rakyat, daerah, lembaga hasil dalam negeri dan penghulu, tetapi beliau yang perihatin dengan masalah turun ke padang bagi menyampaikan sendiri selepas menerima borang tersebut daripada pihak berkenaan pagi tadi.


Satu taklimat mengenai perlaksanaan BR1M 2 di semua kawasan parlimen dan dewan undangan negeri (DUN) dalam daerah Larut, Matang dan Selama telah diadakan di pejabat daerah Taiping pagi tadi.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin mengedar borang tersebut secara peribadi di beberapa tempat yang beliau singgah di Dun Kubu Gajah, petang tadi dalam program turun padang.

 








Beliau akan mengedar borang tersebut dalam lawatan dan program-program yang akan beliau hadiri di Dun Kubu Gajah, umpamanya esok sabtu 3 oktober di bengkel wanita Batu 20, ahad di kampng Sungai Jernih dan Redang Panjang.










Katanya maklumat dalam borang BR1M 2 lebih mudah dan rakyat tidak perlu bimbang mengenai cara memprosesnya.
Beliau berharap untuk turut sama menyampaikan BR1M 2 ini kepada penerimanya sepertimana BR1M yang pertama mengetahui sendiri mereka yang terpilih.

0 comments: