Template by:
Free Blog Templates

7 November 2012

Sekolah Ijok





Ibubapa disarankan diingatkan tanggungjawab mendidik anak-anak janganlah diserahkan 100 peratus kepada pengurusan Sekolah tanpa mereka juga terlibat sama mengambil tahu akan aktiviti anak-anak mereka.

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berkata adalah tidak adil bila anak mereka gagal, ada ibubapa yang menyalahkan pengurusan sekolah, tetapi bila berjaya mereka mendabik dada.









Beliau berkata demikian ketika berucap meresmikan Hari anugerah Sekolah Kebangsaan Wan Jaafar Kampung Mesjid, Ijok, pagi tadi.

Turut hadir Pengerusi Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG), Aziz Jamil dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Wan Jaafar.


























Katanya, Ibubapa harus mengambil berat mengenai kegiatan anak-anak mereka terutama yang menyertai kegiatan luar kerana bimbang mereka akan terlibat dengan aktiviti yang tidak mendatangkan faedah.

Beliau kemudian meluluskan pembinaan sebuah gelanggang Petanque Sekolah Kebangsaan Wan Jaafar bagi mencungkil bakat-bakat baru.

0 comments: