Template by:
Free Blog Templates

1 November 2012

UMNO




Ketua UMNO bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar
mengingatkan, ahli-ahli parti agar berwaspada sekiranya ada "musuh dalam Selimut" yang boleh membawa padah kepada persediaan mereka menghadapi Pilihanraya Umum (PRU) yang akan datang.

Justeru, Ketua-Ketua UMNO cawangan diingatkan agar tidak mudah terpedaya jika ada mana-mana individu yang hanya mendekati parti, tetapi mempunyai muslihat tertentu.

Beliau yang juga Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah berkata demikian dalam perjumpaan dengan Ketua-Ketua UMNO cawangan dalam Bahagian Larut, terutama mereka yang menjadi pengerusi Pusat Daerah Mengundi di Kubu Gajah, petang tadi.









Turut hadir Naib Ketua UMNO Bahagian, Mohd Fauzi Kassim dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Bahagian.

Pintu UMNO terbuka luas untuk mereka yang ingin menyertainya, tetapi pada masa yang sama parti itu juga harus berhati-hati bimbang jika ada mereka yang hanya berkepentingan bagi mendapatkan sesuatu.










Beliau yakin dengan perpaduan parti, tetapi tidak bermakna ia tidak boleh dipertingkatkan lagi bagi mempastikan kemenangan cemerlang Barisan Nasional (BN) pada PRU ke 13.

Beliau juga menyeru ahli-ahli parti di semua peringkat agar menggurangkan persengketaan dan jika mengahdapi masalah ia harus dibawah ke meja perundingan.

Katanya, UMNO dibawah kepimpinan Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak semakin di senanggi rakyat kerana sikap beliau yang sentiasa mengutamakan perjuangan bagi meningkatkan hidup golongan masyarakat tidak kira bangsa di Negara ini.

0 comments: