Template by:
Free Blog Templates

2 November 2012

Futsal



Perlaksanaan projek boleh tertangguh atau terpaksa diubah daripada tapak asal jika terdapat gangguan atau tidak ada kerjasama daripada pemilik.







Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berkata projek yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah bagi kemudahan rakyat.
 
Ada beberapa projek pembangunan yang sudah lulus, tetapi terpaksa dipindahkan ke tempat lain dalam dewan undangan negeri (DUN) kerana tidak mendapat kerjasama pemilik tanah.

Jika pekara yang sama masih berlaku, ia bukan sahaja menyebabkan berlakunya kelewatan perlaksanaan, tetapi juga mencacatkan program kemajuan.






Beliau berkata demikian ketika melawat tapak pembinaan gelanggang futsal berharga rm 100,000 di kampung Mesjid.

Gelanggang berharga rm 100,000 peruntukkan kementerian belia dan sukan akan memberi kemudahan kepada para remaja luar bandar untuk meningkatkan prestasi mereka.




Turut hadir penolong pegawai belia dan sukan daerah Larut, Matang dan Selama, Nasaruddin Mawi, ketua UMNO cawangan kampung Mesjid, Aziz Jamil dan ahli majlis Selama, Mohamad Abdullah.

Gelanggang yang juga dikenali gelanggang pelbagai guna dibina di satu tapak di padang majlis daerah Selama (MDS) di pekan Ijok.

0 comments: