Template by:
Free Blog Templates

3 November 2012

Rumah


Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar melahirkan rasa terkejut dan kesal kerana tiga kontraktor sebelum ini, gagal melaksanakan pembinaan sebuah rumah mesra rakyat di Kampung Batu 20 hanya kerana masalah jalan.


Beliau yang mengadakan lawatan ke tapak rumah tersebut mendapati, masalah jalan tidaklah menjadi isu yang besar sangat kerana terdapat sebatang jalan simen ke situ.

Bagaimanapun, setelah perbincangan dibuat di peringkat Pejabat Daaerah Larut, Matang dan Selamat, sebuah syarikat tempatan bersetuju untuk meneruskan pembinaan rumah berharga sekitar RM 40,000 milik warga emas, Maliah binti Abdullah, 66 tahun.






Rumah tersebut adalah ikhsan Felcra dibawah program bantuan rakyat miskin Kementerian Luarbandar dan Kemajuan Wilayah.













Beliau berharap pembinaan rumah tersebut akan dapat dialaksanakan mengikut jadaul dan spekfikasi yang telah ditetapkan oleh pihak berkenaan.

Turut hadir Ketua Kampung Batu 20, Haji Mat Isa Harun dan beberapa orang jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

0 comments: