Template by:
Free Blog Templates

4 November 2012

UMNO-borang



Kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak memberi bantuan kepada rakyat pada setiap masa dan tidak hanya musim pilihanraya.





Kerajaan BN sentiasa perihatin kebajikan rakyat tanpa kira kaum dan akan bersikap adil.

Adalah tidak adil jika ada mana-mana pihak atau individu cuba menafikan keikhlasan kerajaan BN dalam membantu rakyat termasuk golongan miskin.

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berkata demikian ketika berucap pada majlis taklimat mengenai cara mengisi borang bantuan rakyat 1 Malaysia (BR1M) 2 di Kubu Gajah, petang tadi.

Ketua-ketua kampung, ketua-ketua UMNO cawangan dan pemimpin komponen turut menerima borang tersebut di dewan orang ramai kampung tersusun.















Beliau berharap ketua-ketua kampung dan cawangan dapat menghebah dan mengadakan taklimat mengenai permohonan BR1M 2.

Beliau menambah BR1M 2 jelas bertapa kerajaan BN mahu membantu menggurangkan bebanan rakyat mengikut kemampuan kedudukan kewangan yang ada.

Beliau menyeru orang ramai yang layak mendapat BR1M itu memohon seberapa segera bagi membolehkan pihak berkenaan memprosesnya secepat mungkin dan tidak tunggu pada saat-saat akhir.

0 comments: