Template by:
Free Blog Templates

3 November 2012

BR1M 2




Rakyat diingatkan borang bantuan rakyat 1 Malaysia (BR1m) 2 diberi secara percuma dan tidak boleh dijual.

 








Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar mengingatkan agar orang ramai jangan membayar kepada mana-mana pihak hanya untuk mendapatkan borang tersebut.
  
Jika ada mana-mana pihak atau individu cuba mengambil kesempatan menjual borang tersebut, laporkan segera kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan.

Beliau berkata demikian diprogram sepetang bersama wakil rakyat anjuran pergerakkan wanita UMNO cawangan Batu 20, petang tadi.

Turut hadir ketua UMNO cawangan Batu 20, Haji rosli Mat Zain, ketua kampung ,Haji Mat Isa Harun dan ketua wanita cawangan, Zainab Awang di majlis yang diadakan di bengkel wanita Batu 20.









 Beliau yang turut mengedar borang tersebut berkata, borang BR1M 2 boleh di perolehi secara on-line, pejabat-pejabat wakil rakyat, penghulu, daerah dan hasil dalam negeri.

Orang ramai tidak perlu berebut untuk mendapatkan borang BR1M 2 kerana ia mudah diperolehi.






 Mengenai BR1M 2, beliau menegaskan ia bertepatan janji ditepati kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.











BR1M 2 itu membuktikan kerajaan BN begitu prihatin dengan rakyat yang banyak menyumbang kepada ekonomi dan hasil negara.

0 comments: