Template by:
Free Blog Templates

1 November 2012

KEMAS




Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar mengalu-alukan pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai usaha Kerajaan, meningkatkan tahap pendidikan kelas Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA)
Kemas.





Kearah itu, tenaga pengajar Kemas yang dilantik adalah dari kalangan mereka yang memilikki Ijazah dan Diploma.

Beliau juga berharap, TABIKA Kemas tidak sekadar menjadi lambakan anak-anak, tetapi merupakan pra-Sekolah yang terbaik dan mampu melahirkan murid yang mampu bersaing dan mencapai tahap pengajian yang cemerlang.







Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah sempena Graduan Kecil TABIKA Kemas peringkat Mukim Ijok di Tempat perkelahan Lata Panggung di Kampung Teras, Ijok, tengahari tadi.










Turut hadir Pegawai Kemas Daerah Larut, Matang dan Selama, Faridah Saihan, Penyelia Kemas Parlimen Larut, Nordin Abu Hasan, Ketua-Ketua Kampung dan Ibubapa.

Beliau juga berharap, usaha meningkatkan pendidikan di TABIKA Kemas tidak hanya diserahkan bulat-bulat kepada pengurusan Kemas, sebaliknya pembabitan Ibubapa dan Penjaga juga penting.
















Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Larut menggesa Kemas agar membuka lebih banyak lagi TABIKA bagi membolehkan bukan sahaja ramai lagi murid pra sekolah mendapat peluang belajar, tetapi juga membantu menyediakan peluang pekerjaan.

Beliau juga berharap, Kemas dapat menyediakan peruntukan bagi menaik taraf bangunan TABIKA bagi keselesaan murid melalui bajet 2013.

Lebih 300 orang murid pra sekolah dari tujuh TABIKA dalam mukim Ijok mengambil bahagian dalam program tersebut selain pertandingan 'Angun" tujuh orang Ibu

0 comments: