Template by:
Free Blog Templates

31 May 2011

Turun padang












Melawat beberapa orang penduduk yang uzur dalam siri turun padang di dewan undangan negeri (DUN)Kubu Gajah,

di Kampung mesjid, ijok saya melawat Abd Latif bin Md Nor, 53 tahun, di rumahnnya di Kampung Banggol Kolam, Ijok.

beliau yang sedang mengalani Sakit kencing manis, menitis air mata terharu diatas kunjungan saya.

saya juga melawat seorang guru sekolah, Shahbudin bin Ahmad, 41 tahun.di Kampung Mesjid Ijok yang juga mengalami sakit yang sama.

kemudian saya melawat, Mohd Nordin bin Abdul Manan, 62 tahun dan Isteri, Normadiah binti Che Nik, 50 tahun bersama anak-anak OKU, Megat Muhd Taufik, 9 tahun dan Megat Muhd Syukri, 8 tahun. di rumah mereka di jerai betina, dekat kampung mesjid.

30 May 2011

Melawat jalan





Melawat jalan kampung dekat Jerai Betina di kampung Mesjid yang masih belum diturap. Saya berharap jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) membuat anggran bagi mendapatkan peruntukan.

Jalan sepanjang kira-kira tiga rantai itu menghubunggi kampung dekat padang bola ke pekan Ijok.

terdapat beberapa buah rumah di situ.turut hadir ialah ketua kampung kampung Mesjid, Nor Azman Mokhtar dan JKKKnya.

29 May 2011

JKKK-Gajah







video

Jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) Sungai Jernih diminta berwaspada dengan laporan ada seekor gajah mengamuk tidak jauh dari kampung sungai jernih dan kelian gunung.

sehingga ini, banyak tanaman yang musnah dan menjsdi korban gajah tersebut dan bimbang ia sanpai ke kawasan kediaman.

saya berkata demikian ketika menghadiri perjumpaan dengan JKKK Sungai Jernih di dewan orang ramai di situ.

saya juga meminta JKKK di seluruh dewan undangan negeri (DUN) Kubu Gajah supaya mengenalpasti kawasan tanah-tanah terbiar yang boleh dimajukan secara berkelompok untuk projek ekonomi.

amat sayang banyak tanah terbiar yang tidak dimajukan dengan projek yang boleh membantu menambahkan pendaatan penduduk seperti bercucuk tanam seleras dengan kempen bumi hijau.

masalan gejala dadah dan kesihatan juga harus dijadikan tajuk utama perbincangan dalam mesyuarat JKKK.

Turut hadir Ketua Kampung Sungai Jernih, Jamaluddin bin Mohd Isa dan Ketua cawagan umno Kelian Gunung, Zulkifli bin Hussin serta ketua kampung kampung sangkut, mat zan kassim.

27 May 2011

PPRT






video


Melawat jalan rosak ke Projek Perumahan Rakyat Miskin (PPRT) di Kampung Sangkut, Ijok akibat hujan lebat, petang tadi.

Sebahagian jalan tersebut rosak dan anggaran telah dibuat bagi memperbaiki jalan tersebut secepat mungkin.

Jalan yang rosak itu jika tidak diperbaiki segera bimbang akan mengancam keselamatan penduduk yang sering menggunakan jalan tersebut untuk ke Pekan.

Keadaan penempatan PPRT itu yang berbukit juga menjadi diantara faktor jalan di situ yang sering rosak, ditambah hujan yang turun agak lebat sejak kebelakangan ini.

Pejabat Penghulu juga telah dimaklumkan mengenai kerosakan jalan tersebut sebelum ini.

Turut hadir ialah Ketua Kampung Kampung Sangkut, Ijok, Mat Zan bin Mohd Kassim.

26 May 2011

Media Baru 2




Bengkel Media Baru UMNO Perak berakhir petang tadi dengan penekanan ditumpukan agar Bahagian-Bahagian UMNO di seluruh sentiasa menhemaskini laman blog mereka.

Dalam bengkel yang dianjurkan oleh Skretariat Media Baru UMNO Perak kepada Setiasuaha-Setiakusa Kerja UMNO Bahagian-Bahagian di maklumkan bahawa Media baru mempuyai pengaruh yang kuat untuk menyebarkan makumat kepada orangramai.

Ketika berucap keapda mereka Saya selaku Pengerusi Media Baru UMN Perak menyatakan betapa ruginya jika Ahli-Ahli UMNO tidak menggunakan Media Baru bagi mendekati diri mereka dengan Dunia Luar.

Perhubungan dengan Dunia luar amatlah pentng bagi melebar dan memperkukuhkan lagi Parti itu di kalagnan orangramai.

Pembangkang mengambil kesempatan untuk memperluaskan pengaruh mereka terutama pada Pilihanraya Umum (PRU) yang ke 12.

Rakyat mudah terpengaruh dengan dakyah yang disebarkan dan sudah menajdi tanggungjawab ahli-ahli UMNO untuk memberikan penjelasan perkara-perkara yang tidak betul.

Penggunaan Media Baru ini semakin mendapat perhatian dan tempat dikalangan rakyat, terutama generasi muda.

Media baru




Dunia siber semkain penting dan penuh dengan persaingan semua peringkat manusia di bandar dan juga luar bandar.

Kekuatan dan pengaruh media baru jangan dipandang remeh jika tidak masakan rebahnya beberapa pemimpin dunia.

Pengaruh facebook dan blog menyebabkan rakyat bangkit menentang Kerajaan di Mesir dan beberapa negara arab yang lain.

Saya berkata demikian sebagai pengeru secretariat media baru UMNO Perak ketika berucap di bengkel Blog, Facebook dan twiter di Ipoh, pagi tadi.

Bengkel sehari itu diadakan untuk ketua-ketua UMNO bahagian dan ahli-ahli dewan undangan negeri (ADUN) di Perak.

Dua tetamu yang memberi taklimat ialah penasihat bahagian pengurusan krisis dan perisikan negara, Haji Mohamed Omar dan Didi Masril Fellow Phd UITM centre of media and information warefare studies.

Manusia sekarang mengejar dan dahaga maklumat untuk maju dan peranan media baru turut memainkan peranan penting

Tidak semua berpeluangan mendapat ruang yang luas dalam akhbar-akhbar tempatan maka media baru boleh memuatkan aktiviti mana-mana pemimpin

25 May 2011

Audit-Pemantuan



Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri (PAC) hari ini menegur Jabatan dan Agensi Kerajaan yang gagal membuat pemantuan keatas perlaksanaan projek dibawah pentadbiran dan pengurusan mereka.

Disebabkan itu, projek yang dilaksanakan itu membaitkan kos yang meningkat dan juga kelewatan ia dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Teguran itu dibuat ekoran beberapa pihak Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang dipanggil pada Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar di Pejabat PAC di Bangunan SUK di Ipoh.

Agensi Kerajaan yang tidak mempunyai kepakaran teknikal juga disarankan agar membuat perlantikan bagi membolehkan mereka membuat pemantauan keatas perlaksanaan projek dengan betul.

Masalah pembaziran ekibat tiadanya perancangan didapti menjadi punca kepada pembaziran sesuatu projek.

PAC juga membuat teguran terdapat bahagian penguatkuasa sesabuah Jabatan dan Agensi Kerajaan, tetapi ia hanya bagaikan melepas batuk ditangga.

PAC akan mengadakan beberapa lawatan mengejut keatas Jabatan dan Agensi yang telah dikenalpasti tidak lama lagi.

Mangsa Banjir














Penduduk-Penduduk diingatkan agar mengutakan keselamatan diri dari memikirkan harta benda mereka bila berlaku banjir.

Tidak Mengapa hilang harta, kerana yang penting ialah nyawa mereka. Harta boleh dicari, tetap nyawa tidak boleh diganti.

Saya berkata demikian di majlis penyampaian sumbangan mangsa banjir di Bendang Luas, dekat Ijok, petang tadi.

Sikap dan semangat kerjasama dalam membantu mangsa-mangsa banjir amatlah penting dan budaya ini harus menjadi amalan.

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kamung (JKKK) juga digesa supaya mulai memantau keadaan kemungkinan berlakunya banjir dalam cauca yang tidak menentuk sekarang ini.

Seramai 60 orang penduduk, termasuk 50 orang dari Kampung Bendang Luas,
enam orang dari Kampung Mesjid, Ijok dan empat dari Kampung Teras menerima sumbangan tersebut.

Turut hadir ialah Ketua Kamung Kampjung Mesjid, Norazman bin Mokhtar, Ketua Kamung Teras, Abd Wahab bin Yatam, Ketua UMNO Cawangan Bendang Luas, Rosli bin Samsudin dan Ahli Majlis Daerah Selama, Mohamad bin Abdullah.

Lawat pesakit muda




Melawat seorang anak peneroka Rancangan Tanah Belia Khas (RTBK) Pondok Tanjung di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah yang sedang uzur.

Juliza bin Zulkifli, 28 tahun mengalami sakit kencing manis dan bekerusi roda. Beliau yang sudah bersuami adalah anak kepada Zulkifli bin Judin.

Turut hadir ialah Ketua Kampung RTBK, Ismail Hashim.

Gerai







Gembira melihat makin ramai penduduk yang tampil menyahut seruan Kerajaan untuk menceburkan diri dalam perniagaan.

Salah seorang daripada mereka ialah Naib Ketua Pemuda UMNO Cawangan Sungai Jernih, Mohd Amin bin Mohamad Yusof, 38 tahun di Kampung Mesjid.

Beliau yang memulakan perniagaan kedai minuman dan makanan dibantu oleh Isteri, Halimah binti Haji Dolah Ahmad, 32 tahun.