Template by:
Free Blog Templates

15 May 2011

Pemuda UMNO















Perdana Menteri, Dari Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak adalah peimpin yang lahir dari pergerakan Pemuda.

Saya berbangga kerana menjadi Ketua Pemuda Bahagian di zaman kepimpinan Datuk Seri Najib yang jga Presiden UMNO.

Saya berkata demikian ketika berucap di majlis perasmian mesyuarat agung Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Larut oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin, pagi tadi.

Mesyuarat yang dihadiri lebih 300 orang perwakilan itu termasuk Ketua Pemuda UMNO Perak, Khairul Azuan bin Datuk Harun dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Larut, Annuar Ariffin.

UMNO Bahagian Larut juga berbangga kerana ramai bekas ketua Pemudanya adalah kini di barisan kepiminan Bahagian.

Khairy dalam ucapannya menyatakan bahawa Pergerakan itu berbangga kerana menjadi kilang melahirkan ramai tokok kepimpinan masa kini, termasuk Datuk Seri Najib.

Katanya, walaupun beliau merupakan satu-satunya Ketua Pemuda UMNO yang tidak memegang apa-apa jawatan berbanding bekas ketua-ketua pemuda sebelum ini tetapi beliau tidak sama sekali kecewa dan lari dari tanggungjawab dan amanah dalam perjuangan parti, agama dan bangsa.

Pangkat dan kedudukan bukan segala-galanya, tetapi keikhlasan dan pengorbanan dalam memperjuangkan bangsa dan parti adalah keutamaan bagi dirinya.

Pendirian Khairy itu mendapat tepukan gemurah dari perwakilan yang hadir kerana rasa bangga diatas prinsip perjuangannya.

Beliau turut memuji perpaduan yang dipupuk oleh UMNO Bahagian Larut dan seharusnya menjadi contoh kerana satu-satunya Bahagian di Perak yang menyapu bersih kesemua kerusi yang diwakili oleh UMNO dalam Pilihanraya Umum (PRU) yang lalu.

0 comments: