Template by:
Free Blog Templates

14 May 2011

Isu peneroka selesai




Alhamdullilah tidak sampai seminggu isu mengenai masalah sebilangan peneroka peringkat 4, FELDA, Ijok yang timbul hanya beberapa yang lalu, kini selesai.

Demikian diberitahu oleh wakil kumpulan peneroka berkenaan Ahmad bin Napis ketika ditemui di rumah seorang lagi peneroka, Alang Yahya bin Razali, 59 tahun yang juga seorang OKU dan merupakan juga jurucakap yang menghubunggi saya memaklumkan mengenai masalah itu pada peringkat awal.

Pengurus Besar Felda Walayah, Trolak, Mohd Zulkifli bin Nanam yang dikatakan turun bagi menyelesaikan masalah berkenaan juga turut beraada di rumah Alang bersama dengan Pengurus FELDA, Ijok, Abdul Aziz Mat Isa.

Masalah sebilangan peneroka peringkat 4, FELDA, Ijok sampai ke pengetahuan pengurusan FELDA dalam satu perjumpaan yang diadakan, minggu lalu.

Perjumpaan itu diadakan bagi membincangkan beberapa perkara yang timbul ekoran rasa tidak puas hati mereka bagi disampaikan ke pihak atasan.

Abdul Aziz , Ketua Unit Perkebunan FELDA, Taman bin Hassan, bekas Keua Kampung, Ramli bin Majmud dan Ahmad turut hadir.

Pengurus FELDA, Ijok itu kemudian bersetuju supaya pengauditan dilakukan oleh pihak berkenaan ekoran rasa tidak puas hati itu.

Saya menasihatkan kesemua peserta yang terlibat bersabar menunggu hingga tindakan mengaudit selesai dijalankan.

Alhamdullilah, petang tadi sebaik saya berada di tanah rancangan tersebut saya telah dimaklumkan mengenai hal tersebut.

Semoga penyelesaian itu akan membangun dan memajukan lagi FELDA, Ijok yang juga merupakan rancangan tanah FELDA tertua di Negeri Perak.

Selaku Wakil Rakyat Saya mengucapkan Terima Kasih kepada semua pihak yang telah bekerjasama rapat bagi menyelesaikan masalha itu.

1 comments:

Anonymous said...

alhamdulillah...Sy sbgai generasi kedua felda ijok amat mengharapkn segala masalah melibatkn pengurusan felda n koperasi felda ijok yg sering menjadikn warga felda ijok berpecah belah dan berpuak-puak dpt diselesaikn dengan segera.sy mengharapkn segala urusan melibatkn felda ijok dpt dijalankn secara telus dan amanah.inilh(ketelusan) yg selalu dipertikaikn oleh sesetengah pihak.(kerana nila setitik rosak susu sebelanga)..sy juga berterima kasih kepada dato kerana selalu bertandang ke felda ijok.sy tetap akan menyokong dato demi perpaduan org melayu islam khasnya..dan demi warga felda ijok amnya.terima kasih dato.