Template by:
Free Blog Templates

8 May 2011

Rakan lama



Saya amat terharu ketika melawat rakan lama Ayahnda Saya, Pak Hamid bin Awang Kecik yang kini terlalu uzur di rumahnya di Ulu Nor, dekat Selama.

Beliau begitu terharu hingga menitis air mata dengan lawatan tersebut dan berterima kasih kerana Saya sudi melawat beliau yang masih lagi kuat ingatannya walaupun sudah menjangkau usia 90 tahun.

Pak Hami yang saya kenali adalah seorang yang cukup aktif dalam kerja kemasyarakatan dan kita tidak seharusnya meluipakan jasa orang-orang lama.

Beliau yang begitu uzur dan menggunakan kerusi roda tinggala bersama keluarganya di Ulu Nor. Beliau adalah rakan rapat Allahyarham ayahnda Saya, ketika mereka sama-sama bergerak aktif dalam politik dan kegiatan kemasyarakatan.

Turut hadir ialah Ketua UMNO CAwangan Gunung Inas, Wahab Ahmad yang juga anak saudara kepada Hamid.

0 comments: