Template by:
Free Blog Templates

5 May 2011

PM-Sahabat




Ramai bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian-Bahagian di zamanDatuk Mohd Najib Tun Abdul Razak menjadi Ketua Pemudanya berkumpul semula bersama Perdana Menteri di Kediamannya di Sri Perdana di Putrajaya,petang tadi.

Setelah sekian lama, barangkali ada yang tidak bertemu berbelas tahun hari ini disatukan semula dalam satu perjumpaan SAHABAT yang penuh nostalgia.

Ada diantara mereka yang masih sanggup datang berkerusi roda semata-mata untuk bertemu semula dalam perjumpaan penuh bersejarah itu.

Ucapan Datuk Seri Najib cukup menyentuh hati setiap sahabat yang hadir lebih 170 orang dari seluruh Negara, kemudian bergambar kenangan dengan bekas Ketua Pemuda UMNO Malaysia itu yang kini menjadi Perdana Menteri.

Adalah menjadi kebangsaan Pemuda di zaman Datuk Seri Mohd Najib kerana beliau akhirnya menjadi Pemimpin Utama Negara.

Datuk Seri Mohd Najib begitu ceria sepanjang perjumpaan tersebut dan berharap perjuangan Pemuda di zaman beliau akan menjadi teras perjuangan pemuda sekarang dan yang akan datang.

Turut hadir ialah bekas Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Seri Mohd Naxri Aziz Yeop yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Afdal yang juga bekas Anggota EXCO Pemuda.

0 comments: